Artis / Selebriti
” Sha kuat dan pasti Seth juga kuat. Sha dan Ubai adalah parents terpilih oleh-Nya.. ” – Komen Netizen

Perkongsian Terbaru Shila Amzah Mengenai Anaknya Seth Uwais Buat Ramai Tersentuh. Bagusnya Shila Tetap Positif Walaupun Keadaan Seth Telah Disahkan Begitu. Semoga Yang Baik-Baik Untuk Shila, Ubai Dan Seth !!
Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi Shila Amzah, pastinya sedia maklum mengenai keadaan anak sulungnya, Seth Uwais. Ketika Seth berusia 3 tahun, Shila memaklumkan Seth menghadapi masalah lambat bercakap atau speech delay. Namun keadaan semakin membaik dari sehari ke sehari dan Seth kini sudah semakin petah bercakap.
Seth pernah disyaki sebagai anak autisme ketika berusia 6 bulan oleh doktor yang merawatnya. Terkini Shila menerima keputusan diagnosis Seth dan ternyata Seth sah sebagai anak autism tahap 1. Menerusi perkongsian Shila di akaun Instagramnya, satu video telah pun dimuatnaik beberapa jam yang lalu.
Shila dengan tenang memberitahu berita terbaru mengenai Seth dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Sebelum ini Shila tertanya-tanya sama ada Seth mengalami autism atau ADHD iaitu masalah gangguan pertumbuhan dan perkembangan minda. Perasaan lega dirasai oleh Shila sekarang dan ini memudahkan untuk Shila mengatur langkah seterusnya untuk Seth.
Shila turut bercerita mengenai saranan doktor untuk terus menghantar Seth ke sesi terapi dan meneruskan persekolahan. Warganet turut memuji cara Shila yang kekal positif dan matang serta menerima keadaan anaknya ini dengan redha.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Anak syurga seth anak yang pintar. Yang akan menjadi kebanggaan ibu ayah ubaimz . Love your positive energy, semoga dipermudahkan segala urusan keluarga kecil ini, amin.. ”
” Shahilaamzah dan ubaimz adalah parents terpilih oleh-Nya untuk memegang amanah menjaga anak istimewa yg akan menunggu kalian berdua di pintu syurga kelak. cerah masa hadapan Seth sebab boleh nampak betapa responsive dan verbalnya dia.. ”
” Sethuwais smart boy.. Aunty Liza doakan semua yang baik baik untuk Sethie.. You will do great Chaiyok shahilaamzah ubaimz.. ”
” Its gonna be alright Sha. You know kakak ada 1 autistic boy too kan. He is turning 12 soon. With therapy, lots of love and dedication, they’ll be alright. Sending you lots of love and positive vibes . From an autism mommy.. ”
” Thankyou for being such a positive mommy. May Allah ease everything. Seth is suchhaa smart boy. Allah maha baik. Allah will ease everything.. ”
” Amazingly Seth ni pandai membaca and good at numbers… InsyaAllah dia akan jadi seorang yg berjaya… sha pun cukup positif, tak semua mak boleh terima dengan tenang.. ”
” Sha kuat dan pasti Seth juga kuat, membesar dgn baik bersama ayah Ubai… Insyaallah semoga dipermudahkan urusan sha sekeluarga.. seth anak soleh.. anak y bijak.. ”
Ramai yang melihat perubahan Seth dan mengakui Seth anak yang bijak. Dengan terapi dan perhatian daripada Shila dan Ubai, Seth pasti akan lebih baik. Semoga segala perancangan Shila dan Ubai untuk Seth berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shila Amzah, ig Sethuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedap suara Mateen, yang penting jari tu mainkan peranan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” 1st time dengar suara Aleefa nyanyi. Best sangat, merdu macam Arni. Awie dan Arni Nazira versi muda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nyanyi dengan perasaan, sampai ke sini dik. Nangis dengar Thalita nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Weh aku yang risau dia jawab sepatah sepatah. Sejenis nak laju ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part high note tu, fuh international. Auto lain lagu tu, memang meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wajah kali ni cantik sangat persis sama macam zaman kegemilangan Zahnita dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thalita ni dia ada aura macam ibu dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedap suara anak dia, bakat dari ayahnya.. ” – Komen Netizen