Artis / Selebriti
” Nah kantoi Tok Ram. Masak lah Tok Ram balik nanti kena dengan datin, haha.. ” – Netizen
Video Datin Alyah Ketika Menghantar Dato’ Ramli MS Ke Lapangan Terbang Sebelum Berlepas Ke Korea. Kantoi Tok Ram Berjoget Di Korea, Kapsyen Datin Alyah Buat Ramai Terhibur. Habis Lah Tok Ram Nanti !!
Siri kegemaran ramai, Projek Bapak-Bapak bakal kembali dengan musim baru. Kali ini Dato’ Jalaludin Hasan, Dato’ Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali ke Korea pula. Penuh dengan aksi gelak ketawa, ramai yang tak sabar untuk melihat telatah mereka berempat.
Tular di media video Dato’ Ramli menari bersama-sama rakan-rakannya di sana. Ini menarik perhatian isteri Dato’ Ramli iaitu Datin Alyah Abu Hasan. Menerusi akaun Instagram Alyah, telah dimuatnaik video throwback ketika Datin Alyah menghantar Tok Ram ke lapangan terbang.
Kapsyen Datin Alyah yang memerli Tok Ram mencuit hati ramai. Kata Datin Alyah, Tokram sopan sahaja ketika itu tetapi apabila sampai ke Korea, boleh menari silang-silang kaki lagi. Tok Ram pula dalam video ini sedang memegang kepalanya seperti sedang berfikir.

Kapsyen Datin Alyah ini menghiburkan warganet. Tambah warganet lagi, suami memang kebanyakannya begitu akan berubah apabila bersama rakan-rakan. Dekat rumah garang macam singa, tetapi dalam Projek Bapak-Bapak terus berubah menjadi seorang yang kelakar .
Jom tonton video di bawah :
Video Tok Ram menari bersama rakan-rakannya di Korea. Amboi bukan main lagi Tokram eh, ‘rosak’ terus kali ni, hehe.
Perkongsian oleh Alyah ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak sangka Tokram sporting dalam projek bapak-bapak tu.. Seronok betul layan projek bapak-baoak dari season 1, season 2.. wah tak sabar tunggu season 3.. paling happening.. ”
” Biasalah bila dgn kwn suami akan jadi lain haha.. depan Datin Tokram behave je kan hehe.. ”
” Kan.. rosak dah tok ram.. Datin dah tengok tak video yang saya hantar tu haha (Saje jadi batu api).. ”
” Kena la berlakon dulu dengan bini haha.. jumpe kawan-kawan habis hilang muka garang dia tu.. ”
” Pak Maun la dekat Korea tu haha.. jumpa geng terus rosak.. kalau jumpa geng macam tu la suami suami ni.. ”
” Nah kantoi tok ram haha.. Bila dengan member member auto jadi lain, depan bini lain hehe.. masak lah tokram balik nanti kena dengan datin.. ”
” Masa ni tok ram tgh pikir datin.. macam mana nak behave dekat sana.. rupanya terover pulak hahha.. ”
Alamak Tokram, confirm balik Malaysia nanti kena kaw-kaw dengan Datin, hehe. Dengan kawan-kawan lain, depan isteri punya lah sopan santun. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar gurauan Datin Alyah kepada Tokram dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah, IG Zon Lawak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen



