Artis / Selebriti
” Mungkin inilah perasaan Nabi Ibrahim AS ketika terpaksa meninggalkan Ismail AS dan Siti Hajar.. ” – Datin Alyah
Video Datin Alyah Ingin Meninggalkan Anaknya, Nur Izzara Sebelum Berangkat Untuk Menunaikan Ibadah Haji Menyentuh Hati Ramai. Sebak Sangat Masa Alyah Cium Baby Izzara !!
Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Datin Alyah beberapa minggu yang lalu, Datin Alyah telah mendapat panggilan untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini. Seminggu yang lepas juga, Datin Alyah mengkhabarkan berita gembira mengenai kehadiran seorang bayi dalam hidupnya dan suami, Dato’ Ramli MS.
Menerusi perkongsian terbaru Datin Alyah, telah dikongsikan satu video Datin Alyah bersama anaknya, Nur Izzara. Panjang coretan Datin Alyah menerusi posting kali ini. Perasaan yang bercampur baur dirasai oleh Datin Alyah apabila mengenangkan akan meninggalkan Izzara dan Dato’ Ramli.
Hati dan naluri seorang ibu, pastinya akan sebak apatah lagi Zara masih lagi kecil, namun ini adalah satu kewajipan untuk Datin Alyah. Datin Alyah turut memohon kemaafan daripada semua kenalan dan saudara mara sekiranya ada kesilapan yang dilakukannya tanpa disedari.
Datin Alyah turut mengambil peluang memohon doa daripada semua yang membaca postingnya ini agar dirinya diberikan kesihatan yang baik sepanjang tempoh mengerjakan haji. Untuk makluman, Datin Alyah dijadualkan terbang ke tanah suci Mekah pada hari ini, 12 Jun 2024.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alololo.. Omelllnya… Anakanda… Chayang. Tunggu Mama Alya Balik Iyer…. Selamat Adikku.. Datin alyah.. Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Haji dan Pulang Ke Tanah Air Dengan Selamatnya.. ”
” Semoga kakaku dikurniakan Haji yg mabrur dan dipermudahkan segala ibadah yg dilakukan, akak doakan adik dan mama dpt pegi haji juga ya iloveu kak.. ”
” Semuga dipermudahkan urusan haji cik jah, semuga haji yang mabrur.. doakan kak d jgk disana ye.. ”
” Selamat menunaikan Rukun Islam Ke-5. Moga selamat dan tenang di Tanah Suci memperoleh yg mabrur dan dikurniakan rahmat utk seisi keluarga.. ”
” Safe flight mommy Zara. semoga dipermudah segala urusan disana nanti, selamat pergi dan balik.. ”
” Alhamdulillah semoga mendapat haji mabrur. Di berikan kesihatan dan kemudahan segala2 urusan nya Aamiin.. ”
” Moga mendapat haji yg mabrur… dpermudahkan segala urusan pergi dan balik… zara will be missing u.. ”
Pastinya Datin Alyah akan merasai kerinduan yang amat sangat terhadap si kecil Zara. Selamat berangkat ke tanah suci Datin Alyah dan semoga Datin Alyah mendapat haji yang mabrur, dipermudahkan setiap urusan dan segala perancangan berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aduh anak ku.. ” – Tengku Ampuan Pahang
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Macam tu je Tunku Azizah rebut mic Tokti. Adoi lawak la Tuanku ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wow bestnya, Alhamdulillah rezeki pengantin baru.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dah tahu dah perangai melawak Tengku Muhammad ikut perangai siapa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Entah-entah Alisa yang order, lepas tu daddy yang dapat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tempat yang sama, kisah yang berbeza. Jabal Rahmah jadi saksi pertemuan 2 cinta.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sayunya tengok Tengku Muhammad menangis, biasa tengok happy-happy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hantar la mak ke rumah orang tua. Mak tak nak susahkan kau.. ” – Mak Azhan Rani