Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantik dan manis Tengku Puteri Daulath ni. Antara puteri raja yang cantik pernah tengok.. ” – Komen Netizen

Video Terbaru Puteri Bongsu Terengganu, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ Raih Pujian Ramai. Cantiknya Puteri Daulath, Natural Beauty. Wajah Wanita Melayu Terakhir !!

YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ merupakan puteri bongsu kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Puteri Daulath sering menjadi sorotan lensa pada setiap majlis yang dihadirinya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Majalah Nona, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Puteri Daulath mengiringi ibundanya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah berangkat ke majlis Malam Gala Ibu Inspirasi Mingguan Wanita Dan Nona.

Puteri Daulath tampil anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden berwarna merah jambu muda. Wajah Puteri Daulath yang cantik dan ayu ini mendapat pujian ramai. Mewarisi kecantikan bondanya, Puteri Daulath memiliki senyuman yang manis dan disifatkan warganet laksana wanita melayu terakhir.

Tidak lekang dengan senyuman di bibir Puteri Daulath dan ini menggambarkan sifatnya yang mesra dan tidak sombong. Untuk rekod, Puteri Daulath memiliki 3 orang kekanda iaitu Tengku Puteri Utama Raja, Yang Amat Mulia Tengku Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota, Raja Tengku Muhammad Mua’az.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Cantik dan manis Tengku Puteri Daulath ni. Antara puteri raja yang cantik pernah aku tengok.. natural beauty.. ”

” Cantik Sangat-sangat Muka Ori Tanpa Makeup. Anak raja paling cantik.. ni memang manis betul. pemurah dengan senyuman.. ”

” Indeed a stunner. Comel dan manis puteri. manis madu senyuman Tengku baby tak jemu dipandang.. macam perempuan melayu terakhir.. ”

” She look gorgeous.. Manis sungguh Tengku Puteri Terengganu ni. Ayu lemah lembut sopan santun senyum ja mmg Terbaik.. ”

” Lawanya puteri bongsu terengganu ni. terpegun kejap tengok muka dia. memang jenis pemurah senyuman eh dia.. maniss.. ”

” Tengku Puteri Daulath ni dia ada aura tersendiri yang buat orang boleh berpaling berkali-kali untuk tengok dia.. senyuman tu melting weh tengok.. ”

” Muka melayu asli, jelita sungguh tuan puteri sorang ni. Dah la cantik, tak sombong, sopan santun, suka senyum lagi. Memang pakej lah.. ”

Puteri raja kesayangan seluruh rakyat Terengganu yang tak jemu mata memandang. Siapa lah yang bertuah dapat memiliki Puteri Daulath sebagai suri hati nanti. Apa-apa pun, semoga Tengku Puteri Daulath selalu dalam lindungan-Nya dan berjaya selalu dalam kehidupan

Silakan SHARE..

Sumber :Β  IG Majalah Nona

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT