Artis / Selebriti
” Tak pernah tengok Tokti dalam realiti TV macam ni. Penat lah semua ketawa dengan Bell.. ” – Komen Netizen
Dato’ Seri Siti Nurhaliza Kongsi Sedutan Video Siri Travel With Mommy Korea Buat Warganet Terhibur. Lawak Betul Bila Ada Bell Dan Shiera, Kecoh Jadinya. Macam-Macam Gelagat, Tokti Pun Sama Masuk Air. Haha !!
Siri baru Travel with Mommy : Misi Anak Mak mula bersiaran di saluran Astro Ria mulai 10 Jun 2024. Rancangan ini menggandingan Sharifah Shahirah, Bell Ngasri dan Liza Abdullah. Shiera dan Liza ditemani oleh anak teruna mereka, manakala Bell pula bersama mamanya. DS Siti juga membuat penampilan khas bersama Mak Salmah untuk episod ini.
Meninjau akaun Instagram DS Siti Nurhaliza, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan aktiviti dan task yang mereka lakukan bersama ibu masing-masing. Gelak ketawa dan tidak kering gusi semua apabila Bell membuka mulut. Ada sahaja ayat-ayat Bell dan kelakuannya yang membuatkan semua gelak.
Mak-mak juga sporting semuanya dan ini memeriahkan lagi suasana. Bagi peminat DS Siti, pastinya semua merasa teruja kerana ini kali pertama mereka dapat melihat penyanyi kesayangan mereka dalam program realiti TV gameshow seperti ini. DS Siti juga ‘masuk air’ dan kelakar seperti Bell dan Shiera.
Pelbagai gelagat dan ragam dapat dilihat dalam rancangan ini. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Rata-ratanya terhibur melihat jenaka Bell yang menggeletek hati. Part bermain bubble paling mencuit hati melihat muka masing-masing.
Jom tonton video di bawah :
Berbagai-bagai komen diberikan oleh warganet apabila melihat aksi selebriti kesayangan mereka ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Comelnya Mak Salmah. comelnya tokti ngan mak salmah.. love sangat.. nampak tokti muda remaja.. ”
” Putus urat gelak kalau ada Bell ni. Ada ada je lawak si Bell ni. penat lah semua ketawa dengan Bell.. ”
” Tak pernah tengok Tokti dalam realiti tv macam ni.. Fenomena jarang berlaku ni, tokti dalam tv gameshow.. ”
” Kalau bell dengan rara riuh laa jawabnya.. Comelah tokti ngan mak salmah macam adik ngan kakak je awwww comel gilerrrr. macam umur umur 20 an gitu.. ”
” Comelnya Mak Salmah berkimono. Lembut je suara mak salmah bercakap. patut lah tokti pun suara sedap.. ”
” Best start je dah gelak dan now sakit pipi haha. Kelakarlah semuanya mummy.. terbaik all families.. ”
” Memang lawak lah, berdekah ketawa. Bell suka buat perangai eh.. mak salmah tu alahai lembutnya suara bercakap.. Menurun betol lemah lrmbut MakSalmah tu ke Tokti.. ”
Dari awal rancangan sehingga ke akhir asyik ketawa sahaja semua. Ini baru episod pertama sudah penuh kekecohan, minggu seterusnya entah apalah yang bakal terjadi. Jangan lupa janji temu bersama Bell dan geng-geng ‘masuk air’ ini untuk episod akan datang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Una, kalau Una tengok video ni cuba Una angkat telefon, reply whatsapp saya.. ” – Fattah Amin