Artis / Selebriti
” Sebenarnya I memang nak sangat, tapi I memang macam tak boleh.. ” – Leona..

Video Kumpulan Dolla Buat Online Audition Dengan Kasih Iris Leona Buat Warganet Terhibur. Wah Dolla Terima Leona Jadi Ahli Member Baru Dolla Lah. Pengakuan Leona Tentang Bakatnya Tu Lawak Betul. Jujur Sangat Ni Leona, Haha !!
Jika semalam Syasya Rizal dan suaminya menjadi tetamu jemputan team 3 Pagi Era FM, hari ini seorang lagi influencer yang menjadi sebutan ramai hadir ke konti Era. Kasih Iris Leona memenuhi jemputan Era dan ianya juga adalah kejutan untuk Radin Era.
Meninjau akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara Team 3 Pagi dan Leona. Kata Leona dia tidak mengenali ramai artis Malaysia dan salah satu yang Leona kenal adalah penyanyi berkumpulan, Dolla. Radin, Nabil dan Pak Azad menghubungi Dolla di talian untuk memberi peluang kepada Leona bercakap dengan mereka.
Radin bertanyakan kepada Leona, memandangkan Syasya sudah lagi tidak bersama Dolla, adakah Leona berminat untuk menjadi salah seorang ahli Dolla. Leona yang selalu jujur dalam percakapannya ini mengatakan dia memang menginginkan tetapi sayangnya Leona tidak boleh menyanyi langsung.
Seronok warganet mendengar perbualan antara Leona dan kumpulan Dolla. Ditanyakan adakah Dolla mahu Leona menjadi ahli baru mereka walaupun Leona tidak pandai menyanyi, Angel menjawab untuk Leona mereka akan memberikan pengecualian. Tersenyum gembira Leona kerana Dolla memberikan jawapan yang positif.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7o00 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia punya ckp melayu dh semakin bgus.. sbb org ramai pgl dia borak bahasa melayu.. kalau tak surrounding dia even kt rumah asik speaking je.. sampai pelat dh lidahnya.. tp dia jujur dia punya suara tak sedap langsung.. ”
” Haha ya Allah random lagi Leona, comel lah.. Leona boleh dance tapi bukan menyanyi. Lagu postcard lama dah tak dengar.. ”
” Comel lah dia ni, jujur sangat. Dia lah penyanyi perempuan, dia lah penyanyi lelaki haha. Alahai comel lah eh kasihirisleona ni. Kembar dia pun selalu marah sebab selalu nyanyi lagu Bey Sobar Bey.. ”
” Mohon tepi sikit kak Sab, Angel dan Tabby.. face of Dolla incoming.. menyala bebi Leona haha.. Leona joins dolla sy setuju dia ada tersndiri attitude tapi jgn ahli kumpulan high egos smdx.. ”
” Baru dengarr pagi tadi gelak-gelak dengar dia nyanyi and cakap. So cute.. If its leona i restu. Go for it leona/ Live laugh love leona.. ”
” Tak leh nyanyi langsung, haha mekna kelakar lah. She’s transparent and very genuinely being herself. love the way you are.. ”
” Comel interaction Dolla and Leona.. approved Dolla. klu leona jadik masuk ak akn jadik fans no 1 dolla… xtahu knp leona ader aura tersendiri dia… suara boleh belajar dan asah.. ”
Seronok sungguh Leona apabila kumpulan Dolla setuju untuk Leona menjadi ahli Dolla. Andai betul terjadi, bakal ada ramai peminat baru Dolla dan semakin meriah la persembahan Dolla. Apa-apa pun, itu hanyalah sekadar gurauan mereka sahaja dan semoga pembaca juga turut terhibur.
Silakan SHARE
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen