Artis / Selebriti
” Muka iras dengan Dato’ Fizz Fairuz. Macam Khai Bahar Pun Ye.. “

Tasha Shilla Dan Tunangnya Muhammad Atiq Kongsi Cerita Detik Perkenalan Mereka, Namun Wajah Atiq Jadi Perhatian. Alahai.. Lesung Pipit Tu Memang Sama Sangat !!
Tanggal 23 Februari 2020, telah sah ikatan pertunangan antara pelakon Tasha Shilla dan jejaka pilihan hatinya Muhammad Atiq Idris. Kedua-duanya anggun bergaya di dalam busana mereka masing-masing yang sangat indah. Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak dilahirkan pada tanggal 25 Januari 1987.
Dikala usianya kini 33 tahun, akhirnya Tasha bertemu dengan seseorang yang mampu menggembirakan hatinya. Tasha merupakan antara pelakon yang sering menjadi perhatian ramai. Walaupun penampilannya nampak gar4ng, namun Tasha seorang yang penyayang dan sangat manja.
Pernah mengalami mengalami masal4h kemurung4n 2 tahun sebelum ini membuatkan em0si dirinya terganggu dan suk4r untuk tidur. Namun itu semua berjaya diharunginya dan kini Tasha bahagia dengan kehidupan barunya yang penuh dengan kasih sayang.
Menerusi akaun Instagram ABPBH 32, telah dikongsikan satu video temuramah bersama Tasha Shilla dan tunangnya Muhammad Atiq yang mana mereka menceritakan detik perkenalan mereka bermula. Video ini adalah daripada sumber Jaydeesm. Siapa sangka hanya beberapa minggu perkenalan membawa mereka ke ikatan pertunangan.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen gembira dengan berita pertunangan ini. Antara komen-komen netizen :
” Tu namanya jodoh dah ditentukan… “
” Suka tengok tasha.. Sopan je sekarang.. Alhamdulillah.. “
” Bagus senyap-senyap nak kawin dah.. Tak pay4h tunggu lama-lama.. “
” Tahniah Tasha … Selamat bertunang.. ”
” Alhamdulillah.. Tahniah kesayangan tasha shilla moga ikatan kekal kalian kekal ke bahtera rumah tangga.. “
” Tahniah tasha shila semoga ke jinjang pelamin Dan sehingga kejannah aminn.. “
Ketampanan Atiq menjadi tumpuan dan wajahnya seakan-akan pelakon dan penyanyi ini disebut-sebut netizen :
Alahai betul lah, nampak macam ada iras-iras je dengan Khai Bahar dan Fizz Fairuz. Bahagia apabila dikurniakan Allah pasangan yang melengkapi hidup. Allah tak bagi apa yang kita mahu, tapi Dia beri apa yang kita perlu. Sesuai sangat dengan Tasha. Moga hubungan ini akan termetarai dengan ikatan perkahwinan. Sama-sama kita doakan dan nantikan. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG ABPBH 32, IG H0t FM 976 by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Qalqalah, makhraj, tajwid superb. Saya yang ikut baca pun tak sempat nafas, tercungap-cungap dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen