Artis / Selebriti
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
Video Bell Ngasri menyanyi lagu KRU, Jangan Lafazkan buat ramai terhibur. Masa Bell masuk part ‘wohoo’ tu terkejut semua. Lepas tu boleh pulak Bell ajuk cara Yusry menyanyi part gigil. Berdekah semua gelak, lawak lah Bell, haha..
Nama kumpulan rap terkenal, KRU kembali menjadi sebutan apabila 3 adik beradik ini kembali bersatu setelah beberapa tahun membawa haluan masing-masing. KRU baru sahaja keluar dengan single berjudul Voodoo dan ianya buah tangan yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat setia KRU.
Dalam rangka promosi single baru mereka ini, kumpulan KRU dijemput ke beberapa buah stesen radio antaranya stesen radio Hot FM. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika KRU di konti bersama Johan, AG dan Bell Ngasri.
Banyak yang dibualkan oleh mereka dan antaranya mengimbau kembali lagu-lagu popular KRU suatu masa dahulu. Menerusi video perkongsian ini, dapat dilihat Bell menyanyikan salah satu lagu KRU berjudul Jangan Lafazkan. Selain melawak, Bell juga ada bakat dalam menyanyi dan suaranya juga sedap didengar.

Ketika Bell mula menyanyi, semua diam dan menumpukan perhatian kepada Bell. Permulaannya sudah sedap tetapi part Bell membuat bunyi ‘ Woohoo’, terus berdekah semua ketawa. Edry menambah keriuhan apabila menyuruh Bell menyanyi seperti cara Yusry. Pandai Bell mengajuk cara Yusry yang part gigil.
Jom tonton video di bawah :
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@sonymusicmy_ Powerlah Bell nyanyi Jangan Lafazkannya. Terima kasih @Hot FM , Johan, Ag & Bell. #Voodoo #kru #kaset #sonymusic
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Geng2 remaja thn 95-99 tak tahu lagu KRU, memang ungkal.. lawak betul geng hot fm ni.. kru pun tak tahan ketawa.. “
” Part Yusry suara sejuk tu tak tahan. yang tu mahal tu haha.. kuuuu (menggigil) jika kau.. lafazkannya.. haaaa…. jangannn.. wooohooo.. “
” We also use that gigil when karoke haha.. klau bole en yusri cite sket cmne bole dpt masuk part jerit gigil tu.. “
” Part menggigil tu haha. uuu uuu uuu lawak lah bell.. selalu yg ooooo tu part Yusri la tu.. sape peminat kru msti tau knp bell jeritt ooooo tu.. “
” Hahaha meraung² tuh trademark KRU tuh.. tu Yusri punya part tu yng ada alunan tu…. Bell nyanyi best dengar.. “
” Yusry pun terbahak ketawa, part dia tu ooooo.. Menjadi lah Bell buat, kita dengar pun sakit perut ketawa haha.. “
” Adoi sakit perut aku.. kalau ada si bell ni, memang pecah lah konti.. terperanjat tp memang masuk wowooo tu haha.. “
Riuh rendah konti dengan adanya orang macam Bell. Seorang yang sentiasa membuatkan suasana hidup dan meriah dengan gelak ketawa. Tetamu-tetamu yang datang pun tidak berasa kekok untuk ditemubual. Tahniah untuk KRU untuk single baru mereka. All the best.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM, Tiktok Hot FM, Tiktok Sony Music
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen

