Artis / Selebriti
” Menantu aku handsome, anak aku cantik.. ” – Ibu Erra Fazira
Video ibu Erra Fazira, Azizah memuji menantu barunya, Ezwan Zain buat warganet terhibur. Alahai sayang betul mak pada Ezwan, siap pegang pipi. Part puji tu, tersenyum lebar Ezwan mendengarnya. Bangga mak mertua puji, hehe..
Selesai sudah Majlis Resepsi Erra Fazira dan Ezwan Zain semalam di Rinjani Majestic, Shah Alam. Majlis berlangsung dengan penuh gemilang dan memukau tetamu dengan dekorasi dan element kejutan yang dirancang oleh Ezwan untuk isteri tercinta.
Kehadiran Ezwan sebagai orang baru dalam keluarga Erra sangat disenangi oleh anak Erra, Engku Aleesya dan ibu Erra, Puan Azizah Zaik. Dek kerana Erra adalah anak tunggal, maka Ezwan juga menjadi menantu tunggal untuk Puan Azizah. Menerusi satu temubual, Puan Azizah ada memberitahu Ezwan seorang yang pandai mengambil hati.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Helloaishahhhh, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Puan Azizah bersama anak dan menantu barunya itu. Terserlah wajah gembira Puan Azizah dan beliau tidak berselindung mengatakan beliau menyayangi menantunya itu.

Sambil memegang wajah Ezwan, Puan Azizah memuji menantunya ini memiliki wajah yang tampan. Sesuai sangat lah dengan anaknya yang cantik dan pasangan ini memang sepadan. Tersenyum lebar Ezwan mendengar ayat manis ibu mertuanya itu, untung badan ada mak mertua seperti ini.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
@helloaishhhhhhhhh Betul, sama cantik sama padan. Untung la abang dapat mak mertua macam ni. Sayang betul! @ezwanzain @Fazira Wan Chek Lawa betul pelamin @Jasamoure Wedding Concept ni!!! #erra #errafazira #erraezwan
Sehingga kini, lebih 47 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mak dia happy dpt menantu. semestinya dia inginkan menantu yg dpt jaga anak dia untuk masa depan anak dia.. “
” Menantu pandai borak dgn org tua. kt mana eh aku baca. moga perkahwinan kalini membawa ke syurga ye kalian.. “
” Dia pandai ambik ati sbb tu mak erra suka… org tua2 mmng suka yg pandai layan diorg… Aku pulakk yg senyum sorang, sayang betul mak Erra pada mr e ni.. “
” Menantu aku handsome. Anak aku cantik. mslhnya mak pun cantik. mak erra mcm muka ezwan. aku ingat tu mak ezwan hehe.. “
” Saya pulak yg tersengih2.. tersenyum gembira tmbh tumpang bhgia tgok mak erra berkata demikian.. so sweet nyee kembang hidung mr e.. mak mertua puji tu.. “
” Tang alaa syg nye menantu, muka bangga tak bleh blah eh Mr E hehe.. Untung lah mr E mak mertua sayang.. Seronok mak Erra anaknye akhirnya ade org jaga dah… sbgorg tua akan tenang hati dia bile tngok anaknye bahagia.. “
” Alololo comel mak dan menantu. Menang banyakk eh Mr.E.. Bangga lah tu jd menantu kesayangan mak mertua.. time muka bangga tuu … senyum sampai telinga haha.. “
Bangga Ezwan apabila dipuji begitu oleh mak mertuanya. Nampak sangat mesra hubungan Ezwan dengan ibu mertuanya. Apa-apa pun, semoga ikatan yang baru terbina ini sentiasa dalam rahmat Allah dan Ezwan akan menjadi suami, ayah dan menantu yang terbaik.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Helloaishahhhhh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

