Artis / Selebriti
” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
Video reaksi dan gelagat Che Puan Sarimah melihat Hadie menyanyi lagu Jamilah buat ramai terhibur. Elok-elok tengah rancak berjoget, terus jadi sopan dan ayu bila Hadie menyanyi. In character betul CP, comel sangat..
Trio Mut adalah gelaran untuk 3 orang bekas peserta Talk To My Manager, Hadie Elfardie, Ammar Haikal dan Oddah. Keakraban mereka bertiga yang seperti adik beradik itu menyenangkan hati para peminat Trio Mut. Melangkah maju ke hadapan, Trio Mut telah diundang ke rancangan MeleTOP semalam.
Banyak yang diperkatakan oleh Hadie, Ammar dan Oddah sepanjang sesi temubual bersama host MeleTOP, Nabil Ahmad dan Namie. Ketiga-tiganya mendapat banyak tawaran menyanyi di pelbagai event dan ianya satu permulaan yang baik untuk mereka menapak dalam industri.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok MeleTOP, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Trio Mut di MeleTOP. Seperti biasa, segmen Battle MeleTOP diadakan dan kali ini Gen Z (Trio Mut) berlawan dengan 3 penyanyi senior, Misha Omar, Che Puan Sarimah dan Usop.

Ketika part Hadie mendendangkan lagu viral Jamilah, CP Sarimah melakukan satu reaksi yang mencuit hati warganet. Gelagat CP Sarimah yang in character membuatkan warganet terhibur. CP Sarimah sememangnya salah seorang peminat Hadie dan sering memberikan Hadie galakan ketika di TTMM tempoh hari.
Jom tonton video di bawah :
@mymeletop Battle MeleTOP 🔥 Jom usha MeleTOP, setiap Selasa, 9 malam di Astro Ria, On Demand serta strim di Astro One & sooka! Boleh layan di mana-mana saja, bila-bila masa! #JomUsha @MeleTOP
@mymeletop Begitu energy Trio Mut gais, Jom Live sekarang…. 🛑 Jom usha MeleTOP, setiap Selasa, 9 malam di Astro Ria, On Demand serta strim di Astro One & sooka! Boleh layan di mana-mana saja, bila-bila masa! #JomUsha @MeleTOP
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Che puan punya reaction masa Hadie nyanyi lagu jamilah tu HAHAHAHAH. rugi hadie tak pandang tepi kalau tak lagi gempak.. “
” CP Sarimah start in character hahah.. memang peminat setia hadie since TTMM lagi.. alangkah manisnya jika Hadie usik2 CP time dia nyanyi lagu ni.. sweet betui CP Sarimah.. “
” Pandai Hadie pilih lagu.. cik puan sarimah kuat betul gurau usik nya.. bukan cp sarimah je terkesima tengok hadie… usop pun terpegun tu.. “
” Haha melopong CP tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah.. Che Puan punya reaction tgk Hadie kelakar.. sedap suara Hadie ni.. “
” Hahaha.. kelakor tengok CP Sarimah suka betul dia kat hadie.. masa interview CP, sblm iklan nabil ckp lpsni ada adi ammar oda. cp jerit adi adi adi hahaha.. “
” Alaaa Hadie x pandang CP Sarimah, punyala she in character.. suka dengar hadie nyanyi lagu jamilah.. suara dia tu ada aura.. “
” Trimut dan CP Sarimah memang gempak, dengar Hadie nyanyi lagu Jamilah auto sopan CP dekat belakang. In character betul.. suka tengok.. suara Hadie pulak lunak macho gitu.. “
Terhibur warganet melihat telatah CP Sarimah ketika Hadie menyanyi. Hadie semakin merdu suaranya dan boleh dikatakan semua genre lagu sesuai dengan tone suara Hadie. Semoga Hadie, Ammar dan Oddah terus maju jaya dalam industri dan menjadi bintang yang bersinar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

