Connect with us

Artis / Selebriti

” Mat1-mat1 aku ingat Azira Shafinaz, rupanya anak dia.. ” – Netizen

Video Dato’ Jalaludin Hassan Bersama Anak Perempuannya Cur1 Perhatian Warganet. Wah Dah Pandai Tok Jalal Ni, Ikut Trend Sangat. Ramai Cakap Anak Tok Jalal Tu Ada Iras Azira Syafinaz. Manis Dan Ayu Orangnya, Ikut Abahnya Sangat !!

Nama Dato’ Jalaludin Hassan sememangnya dikenali ramai. Penglibatan Dato’ Jalal sebagai pelakon sejak berpuluh tahun dahulu membuatkan namanya menjadi sebutan. Apatah lagi selepas Dato’ Jalal terlibat dalam rancangan Projek Bapak-Bapak, terserlah karakter kelakarnya.

Meninjau akaun Instagram Dato’ Jalaludin dan Tiktok nurulzaty_, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Dato’ Jalal bersama anak perempuannya, Izzati. Anak dan ayah ini membuat video trend sekarang yang memaparkan lokasi yang berbeza.

Klik gambar untuk info..

Pada ruangan kapsyen pula, dapat dibaca coretan Izzati berbunyi ‘ Cherishing the bond we share. Thank you Abah, I love you forever and always ‘ . Turut diberitahu yang steps ini hanya diajar sekali sahaja kepada abahnya ini terus pandai.

Usik warganet, tentu ini penangan Projek Bapak-Bapak. Kalau tidak’ kerja’ Roy Azman pasti ‘kerja’ Dato’ Ramli MS. Selain itu, wajah anak Dato’ Jalal ini dikatakan seiras dengan pelakon Azira Syafinaz sehinggakan ada yang terkejut kerana melihat Dato’ Jalal memeluknya pada hujung video.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@nurulzaty_

Cherishing the bond we share. I love you Abah forever and always ♥️ @jalaludinhassan PS: He did very well ye. Sekali ajar je hahha 📸 @Arifissocoollike #fatherdaughter #fatherlove #tiktoktrend

♬ original sound – SpotifySounds

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Sekali tgk mcm Azira Shafinaz.. pastu terkejut tgk yg last sekali tok jalal peluk. Rupenye anak sendiri daaaa.. ”

” Ni sume mesti roy azman dah ajar dato jalal ni hehe.. Cantiknyaaa anak dato jalal.. mula-mula tengok ingat Azira Syafinaz tadi.. ”

” Dah pandai dah tok jalal kita join trend ekk.. abah jalal so cute.. suka tengok sporting dengan anak. lawa pulak tu anaknya, macam Azira Shafinaz.. ”

” Aamak.. sejak join bapak-bapak travel nie. jiwa muda pulak hehe. Memang abah-abah sungguh Tok Jalal ni.. ”

” Sama laa.. ingatkan Azira berlakon dengan Dato jalal haha.. rupanya anak sendiri.. tok macho ler, steady abah ni.. ”

” Mat1-mat1 aku ingat Azira Shafinaz, rupanya anak dia haha. Tok jalal pun skrg da rosak. sejak byk kwn dgn geng2 lawak.. ”

” Ingatkan Liyana Jasmay tapi sekali pandang macam Azira Syafinaz pun ye jugak. Muka senyum sama je anak dan ayah ni.. manis cantik anak tok jalal ni.. ”

Klik gambar untuk info..

Seronok warganet melihat keakraban Tok Jalal dengan anak perempuannya ini. Ayahnya handsome, anaknya pun berwajah cantik. Semoga Dato’ Jalal sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Jalaludin Hassan, Tiktok nurulzaty_

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT