Connect with us

Artis / Selebriti

” Pecah doo Dato’ Jalal ni, dia pulak membahan Tokram. Dua-dua dah rosak.. ” – Netizen

Video Gelagat Dato’ Ramli MS Bersama Dato’ Jalaluddin Hasan Ketika Sesi Photoshoot Buat Warganet Terhibur. Amboi Tokram Ajar Tok Jalal Step Menari Lah. Makin Masuk Air 2 Sahabat Baik Ni, Menari Pun Kelakar !!

Ukhuwah antara Dato’ Ramli MS dan Dato’ Jalaludin Hassan mula akrab sejak mereka menjayakan program Projek Bapak-Bapak terbitan Astro. Dari musim 1 dan kini telah pun memasuki musim 3, pelbagai gelagat lucu dapat dilihat terjadi antara mereka berdua.

Jika sebelum ini, Dato’ Jalal dan Tokram kelihatan selalu serius dan tegas, siapa sangka kedua-dua sahabat ini sebenarnya pandai melawak dan jenis masuk air jugak. Meninjau akaun Tiktok Bulan Bintang HQ, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Dato’ Jalal dan Tokram.

Dapat dilihat pada awal video, mulut Tokram terkumat kamit menyebut ‘ One Two Three Four ‘ sambil tangannya ditunjukkan ke arah kaki Tok Jalal. Tok Jalal pula sudah ready dan mengikut arahan daripada Tokram. Rupanya Tokram sedang mengajar Tok Jalal step menari.

Lawak betul melihat gaya Tok Jalal menari itu. Awalnya masih ok, tetapi selepas beberapa step Tok Jalal pula buat perangai menari tak ikut step. Tergelak Tok Jalal dan Tokram pun ikut sama terhibur dengan gelagat sahabatnya itu. Makin lama makin mencuit hati. Agaknya ‘berjangk1t’ perangai kelakar daripada Roy Azman, hehe.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@bulanbintangclothing

Tokram tengah ajar Toklal menari ke tu? Comel je🤣 #bulanbintanghq

♬ original sound – Bulan Bintang Clothing HQ – Bulan Bintang Clothing HQ

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 57 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Patut lah dekat Anugerah Juara Lagu tak ada, dekat sini rupanya tokram melepak haha. weiii siyes la 2 orang ni.. haha lawak bff ni.. ”

” Kenapa Dato’ Ramli Cik Makin Tua Makin Kelakar hahaha.. dh jumpa geng yg sesuai.. dulu tok Ram simpan .. La dh tunjuk taring haha.. ”

” Kiotnya toklal bersama tokram. dengan kita ikut tergelak sama tengok perangai dua ketul ni.. makin menjadi eh masuk air dorang haha.. ”

” Tok Ram dan Tok Lal mmg sempoi.. Jiwa Muda…… selamba je Tok Ram ckp kurang ajar kat Tok Lal haha.. ”

” Comelll lah mereka bedua ni terhibur hati menegok kan nyer.. Aku tengok ketawa non stop haha.. ”

” Taat betul ea Dato’ jalaludin dngar arahan tok ram haha.. memang tak kering gusi la , gelagat dua orang atok ni.. ”

” Pecah doo Dato Jalal ni, dia pulak membahan Tokram haha.. Tokram rosak jadinya Tok Jalal.. comel dua-dua ni.. ”

Alahai semakin lama semakin lawak dan sekepala dua sahabat baik ini. Bukan setakat Tokram yang ‘rosak’, Tok Jalal pun sama ‘rosak’ jadinya, hehe. Apa-apa pun, semoga persahabatan mereka ini berkekalan sampai bila-bila dan diharap akan ada lagi video mencuit hati Tokram dan Tok Jalal selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Bulan Bintang HQ

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT