Connect with us

Artis / Selebriti

” Comel je tengok Amek Amir lari kejar burung.. ” – Netizen

Video Adik Amir Dan Ibunya Berada Di Jabal Rahmah Raih Perhatian Ramai. Wah, Nampak Seronok Ibu Amir Siap Kejar Burung-Burung. Adik Amir Pula Sweet Sangat Merakam Video Gelagat Ibunya !!

Menerusi akaun TikTok Amir Sisi, perkongsian sebuah video yang memaparkan adik Amir dan ibunya berada di Jabal Rahmah di Kota Suci Mekah telah meraih perhatian ramai. Video yang berdurasi beberapa saat ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik.

Apa yang lebih mencur1 perhatian ialah apabila melihat gelagat ibu adik Amir yang dipanggil Amek yang begitu gembira ketika berada di sana. Amek sempat lagi berlari-lari mengejar burung-burung yang ada di sekitarnya. Sekali imbas macam kakak Amir sahaja.

Klik gambar untuk info..

Sementara itu, adik Amir pula merakamkan suasana persekitaran termasuk gelagat ibunya. Pastinya kedua anak beranak ini sangat seronok dan bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki ke sana. Setiap memori berada si sana pasti akan dirakamkan.

Buat ibu Amir pastinya tidak menjangkakan suatu masa dapat menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Rezeki buat Amir kerana bakat yang ada pada Amir telah membawanya sehingga sejauh ini bersama-sama ahli keluarganya. Tuah Amir memberi tuah buat keluarganya.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu sebentar jika video lambat keluar.. )

@amirunukofficial

Alhamdulillah..dengan rezeki ini dapat amek dan Amir luangkan masa bersama sebelum mula sibuk tahun hadapan..#DiariAmirdiTanahSuci #fypシ #beranda #amirsisiunukofficial #termojproduction #diaridaripedalaman

♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.Riduan_Oficial92

Rata-rata netizen berasa sangat seronok melihat gelagat kedua anak- beranak ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Alolo comey je amek berlari.. smoga dpt umrah mabrur buat unuk, celon, kak ramlah, ain dan umar rindu nk melihat kaabah.. comel je tengok amek lari kejar burung… “

” Saya fokus kt Amir ambil gambar burung n Amek. buat kenangan.. Alhamdulillah syukur.. bhgia unuk dsmping amek..tenang jiwa dtanah suci Mekah.. comeyy jek amir ambk gmbr amek.. “

” Alhamdulillah… dpt spend time dgn family satu moment yg paling best tambah2 lgi di Tanah Suci.. Alhamdulillah… amir amek.. gembira nya kamu.. “

” Ini dinamakan rezeki anak dpt merasa menjejaki dibumi bertuah kiblat utk umat Islam.. semoga amir dan kluarga di prmudhkn urusan di sana.. “

” Alhamdulillah…smg dipermudahkan urusan adik Amir n keluarga di sana dan mendapat umrah yg mabrur.. Seronok amek.. “

” Alhamdulillah adek Amir, abang dan ibu dapat menjejakkan kaki ke tanah suci. Begitu juga dengan cik gu dan Termoj Production. Tahniah semua.. “

” Sayu ht tgok kegembiraan adik Amir menyantuni ibu ayah dan keluarga yg tersyg… rezki ank yg solih share bersama keluarga tersayang.. “

Klik gambar untuk info..

Amir sememangnya gemar akan haiwan dan apabila bertemu burung-burung yang banyak di sana pastinya membuatkan Amir turut teruja. Semoga segala urusan adik Amir bersama ibu serta abangnya ketika berada di sana dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok AmirUnukOfficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT