Artis / Selebriti
” Part ni memang kelakar. Dato’ Jalal punya membahan no counter.. ” – Netizen

Video Geng Bapak-Bapak Terima Sijil Dan Disebut Nama Penuh Buat Ramai Terhibur. Kali Ni Turn Dato’ Jalal Pula Membahan Roy. Padu Ayat Tok Jalal Kali Ni, Roy Pun Tergelak Sama. Eh Serius Lah Nama Sebenar Roy Tu, Jauh Betul Dengan Roy Azman Tu !!
Rancangan Projek Bapak-Bapak yang menggandingkan Dato’ Jalaluddin Hasan, Dato’ Ramli MS, Jatt Ali dan Roy Azman sudah pun memasuki musim ke 2. Musim kali ini lebih meriah dengan gelak ketawa dan usik mengusik antara mereka berempat.
Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Jalal, Tokram, Jatt dan Roy menerima sijil sempena penglibatan mereka dalam siri ini. Salah seorang kru memanggil nama penuh geng bapak-bapak ini dan menghulurkan sijil mereka.
Ketika nama Jatt Ali dipanggil, Roy awal lagi sudah ketawa. Tahir Ali nama sebenar Jatt dan Dato’ Jalal bertanyakan siapa Tahir. Alahai geng baru tahu nama Jatt itu adalah Tahir. Giliran Dato’ Jalal dan Tokram keadaan masih tenang sehingga lah sampai giliran nama Roy disebut.
Zairosminan Abdul Rahman, itu nama sebenar Roy Azman. Tokram yang merasa tidak percaya mengambil sijil Roy dan membaca nama Roy sekali lagi. Waktu ini lah Dato’ Jalal mengenakan Roy. Kata Dato’ Jalal, mungkin dulu mak Roy mahukan anak perempuan dan semua ketawa pada ketika itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tok Jalal pn dah pandai bahan org skrg ehh.. Tok Jalal punya bagi in the end tu best. “dulu mak dia nakkan anak pompuan.. 3 orang bahan roy azman.. ”
” Hhaa ambik,roy azman kene gelak.. Tegak je Dato Jalal bg kat Roy Azman.. zairosminan jauh nau roy .. Comel tok jalal gelakkan roy.. ”
” Haha roy gelakkan nama sdiri.. jarang Dato Jalal nak membahan orang haha.. punchline tok jalal penat aku ketawa.. ”
” Puas tgk roy azman kena haha.. Dato Jalal punya membahan no counter haha.. Dulu mak dia nak anak pompuan.. lucu tok jalal ni.. ”
” Terkekek betul episod ni, sampai meleleh air mata.. Si Roy tu aku baru tahu nama sebenar haha.. comel tengok tok jalal ketawa.. ”
” Wei lawak la Tok Jalal. Part ni mmg kelakar.. gelak sampai mengalir air mata. Habis abang Roy kena bahan.. Astro buat la season 3 nanti, mesti lagi best.. ”
” Roy Azman kena bahan hahaha.. Dah mcm citer bujang lapok.. lawak eh, selalu dia bahan orang. Masalahnya dia pun gelak nama dia haha.. ”
Lawak lah apabila Roy kena bahan dengan Dato’ Jalal, terbahak semua gelak mendengar ayat Dato’ Jalal. Kali ni, Roy pula yang kena. Seronok warganet melihat telatah 4 sekawan ni, memang menghiburkan. Sudah ada yang request untuk musim 3 , tentu lagi gempak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zon Lawak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar