Artis / Selebriti
” MasyaAllah, cantiknya hasil seni Tuanku. Memang rare ni.. ” – Netizen
Muatnaik Gambar Anakanda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Memakai Kemeja Batik Hasil Seni Lukisan Tangan Sendiri, Tunku Azizah Raih Pujian Ramai. Wah Memang Cantik Sangat Hasilnya, Tengku Hassanal Pun Nampak Kacak !!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya minat dengan aktiviti berkaitan kraftangan. Baginda juga pernah diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Ikon Kraf 2019 oleh Majlis Kraf Dunia (WCC), atas sumbangan baginda dalam mengekalkan warisan kraf tradisional.
Jika anda mengikuti akaun Instagram Tunku Azizah, baginda selalu berkongsi pelbagai aktiviti kraftangan yang baginda lakukan. Antaranya ialah seni crochet, ukiran kayu, jahitan dan melukis batik. Beberapa hari lalu, baginda ada berkongsi aktiviti baginda sedang melukis batik.
Hasil lukisan batik tangan oleh Tunku Azizah sendiri telah dikongsikan di entri terbaru baginda di akaun Instagram. Kain batik tersebut telah dijadikan baju kemeja batik dan diperagakan oleh anakandanya, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Corak yang dihasilkan oleh Tunku Azizah begitu cantik sekali dengan padanan warna yang sangat sesuai. Sememangnya Tunku Azizah mempunyai tangan yang sangat berseni kerana selalunya hasil kraftangan baginda tidak pernah mengecew4kan.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
https://www.instagram.com/p/CHnGqW1BhNg/
Hasil seni Tunku Azizah ini telah mendapat pujian ramai kerana ia kelihatan begitu cantik sekali. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Wow cantik sangat. Cantiknya Tuanku sesuai dengan Tengku Hassanal. Soft n sweet colours. MasyaAllah tabarakallah, Macam batik marble.. “
” Masyaallah, Cantik.. lembut warnanya.. Cantiknya, Pastel colour. Cantiknya design ni. handsome nya,untung la bakal calon nanti hehe.. “
” Cantiknya tuanku. one and only, Love the colours. Model exclusive. So nice tuanku. Awww Its so prettyyy Tuanku… i wish to wear too.. “
” Hi tuanku. Cantik nya baju tu. Wah… kemasnya. Sgt cantik pattern dan warnanya, Tuanku. Serious cantik coraknya. Plus color combination tu memang sesuai.. “
” MasyaAllah cantiknya Tuanku. Handsome tengku eh hahaha batek tu lawa. Waaa.. Cntik lah… Warna yg serasi.. dah jadi model.. “
” Cantik.. warna dan corak tu nampak simple, nice dan lembut.. sesuai dengan Tengku Hassanal. Teringin nak jumpa tuanku sekeluarga insyaallah one day ada rezeki aamiin.. “
” Cantiknyaaa design batik tuanku permaisuri. The other two should wear your batek oso Tuanku. MasyaAllah cantiknya hasil seni tuanku Memang rare ni.. “
Wah, memang cantik sangat hasilnya tambahan pula apabila digayakan oleh anakanda Tunku Azizah. Tunku Azizah sememangnya seorang wanita yang mempunyai pakej yang lengkap dan sangat menberikan sumber inspirasi ramai wanita di luar sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tunku Azizah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

