Artis / Selebriti
” Masuk air betul lah Sharnaaz, berdekah Ameera kena sakat, haha.. ” – Komen Netizen
Video Sharnaaz Ahmad mengusik Ameera Khan bertanyakan tentang Jefri Nichol ketika mereka sedang live buat ramai terhibur. Amboi Mamu, berdekah Ameera gelak tak berhenti. Sempat lagi Mamu nak suruh Jefri promote awek untuk dia. Nak minta katalog katanya, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik milahbunga, telah dikongsikan video yang memaparkan Sharnaaz membuat video live berborak bersama dua orang adik bekas isterinya, Noor Nabila iaitu Athisha Khan dan Ameera Khan. Menerusi video itu, Sharnaaz sempat bertanya kepada Ameera mengenai Jefri Nichol.
Mendengar usikan Sharnaaz, kelihatan Ameera berdekah ketawa. Kata Ameera, dia akan ke Yogyakarta dan akan bertemu lagi dengan Jefri. Sempat Ameera menyakat kembali kepada Sharnaaz dengan mengajak Sharnaaz ke sana untuk mengenali rakan-rakan perempuan Jefri.
Dengan spontan, Sharnaaz turut berseloroh mengatakan bersetuju dengan apa yang dirancang oleh Ameera kepadanya. Perkongsian video ini telah menarik mengundang tawa warganet. Ada yang tak menyangka yang Sharnaaz suka menyakat bekas adik-adik iparnya dan telatah Sharnaaz menerusi video tersebut sangat mencuit hati.

Sehingga kini, video Sharnaaz menyakat Ameera telah ditonton lebih 159 ribu tontonan dan menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Amboi Sharnaaz, sempat lagi menyakat Ameera, Ameera pun tak berhenti ketawa.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@milahbunga HAHA ! Adoiiii lawaklah 😆🤣 #fyp #fypage #foryou #foryoupageofficiall #fyppppppppppppppppppppppp #noornabila #sharnaazahmad #atishakhan #ameerakhan #littlemisskhan
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Masuk air betul lah Sharnaaz, berdekah Ameera kena sakat, haha.. Can u give me the catalogue please hahahahahahahahha tak guna.. “
” Tengok semalam, kelakar betul Mamu.. Kuat mengusik dengan bekas adik2 ipar dia.. Happy tengok harmoni je family ni.. “
” Muka Jebat macam muka mommy lah.. Manjanya Jebat.. Jebat boleh cakap kelantan dan cakap utara.. Betul2 sama adil lah, hehe.. “
” Catalog ex ex dia.. Hahahhahaa Ameera pun bagi balik ayat.. Sporting habis family ni kalau berborak.. Sharnaaz kuat menyakat kan.. “
” Hahahahahaaa.. Mamu pun tak nak kalah ok.. Dia pun ada juga 6 pax, hahhaa.. Mengekek adik2 Nabila kena mengusik dengan Sharnaaz.. “
” Seronok betul Sharnaaz bila Ameera ajak g Indonesia.. Punya nak cari gf yer.. Hahhaa.. Nabila pun sokong je Sharnaaz ada gf, hehe.. “
” Elok kalau kembali macam dulu.. Seronok tengok mereka bertiga ni.. Tiga2 beranak muka sama lah.. Jebat paling comel, hehe.. “
Sebelum ini, Ameera digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Jefri apabila Ameera sering berkongsi video dan gambar mesra bersama Jefri di akaun media sosial miliknya. Namun begitu, ramai di kalangan netizen kurang menerima kisah percintaan pasangan ini kerana Jefri sering terpalit dengan kontroversi.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok milahbunga, IG littlemisskhan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti1 day ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga7 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pergh dah dapat tone suara mak dia. Pejam mata weh, meremang. Aura Sarah kuat.. ” – Komen Netizen

