Artis / Selebriti
” Masalahnya level sweet tu macam 1st time diaorang berkenalan, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Adira Suhaimi Dan Dato’ Red Declare 3 Hari Jadi Couple Ketika Live Buat Ramai Terhibur. Amboi Bukan Main Lagi Plan Dato’ Red Nak Sambut Anniversary Bila Dah 7 Hari. Sweet Lain Macam Couple Ni, Hehe !!
Dato’ Red dan Adira Suhaimi kembali menjadi perhatian warganet apabila mereka membuat live bersama beberapa hari yang lalu. Baik Adira mahupun Dato’ Red kelihatan lebih gembira sekarang dan perhubungan mereka kembali seperti sebelum ini yang penuh dengan senda gurau.
Meninjau entry di akaun Tiktok Nitahussin001, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan Adira dan Dato’ Red ketika sedang live. Dato’ Red memulakan perbualan dengan satu pertanyaan kepada Adira mengenai sudah berapa hari mereka rasmi sebagai couple.
Adira dengan bersahaja menjawab 3 hari dan disambut dengan gelak ketawa Dato’ Red. Kata Dato’ Red, baru 3 hari rindunya itu rasa berbeza dan mencucuk-cucuk dalam hati. Ayat manis Dato’ Red ini sememangnya boleh membuatkan wanita cair mendengarnya, patutlah Adira sayang sungguh kepada Dato’ Red.

Seperti biasa, Dato’ Red pasti ada sahaja ayatnya yang menggeletek hati warganet. Lagaknya mengorat Adira itu seperti pasangan baru berkenalan. Dato’ Red juga memberitahu Adira tentang perancangannya untuk membuat sambutan anniversary setiap 7 hari mereka bercinta.
Jom tonton video di bawah :
@nitahussin001 @dato..red @adirasuhaimi.ami #abgred #adirasuhaimi #cupcut #fypシ゚viral #fyp #fyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bile tgk dato red ngn adira ni mcm betulla org katee ye menemukan yg baik tu xsama dgn menemukan yg selesa.. ”
” Org tua bila bercinta lagi sweet Dari kita yg muda ni.. 3 hari dah gagap, kalau masuk 7 hari kemam haha.. ”
” Bila orang lama bercinta balik.. Bersemut hp semua hehe.. smga kekal bahagia hingga ke jannah.. ”
” Anniversary seminggu sekali bukan main ya Tok. haha.. Lawak tok red ni. Anniversary 7 ari mencintai.. ”
” Hebat cinta tok kali ni seminggu sekali sambut tu . betul jugalah Ami cakap bercinta ni membazir duit tok.. ”
” Kita plak yg tersengeh sengeh tgk diaorg berdua ni haha.. masalahnya level sweet tu mcm 1st time diaorg berkenalan.. ”
” Dah bnyk kali ulang tgok tetap aku gelak juga. kemain seminggu kapel buat anniversary haha.. ”
” Senyum sorang-sorang haha.. lawak lah dato ni.. dia punya gaya bercinta kalah orang muda weh.. couple balik macam mula kenal.. ”
Tersengih sendiri warganet menonton live Adira dan Dato’ Red ini. Bila berpisah dan memulakan semula perhubungan baru, sweet nya itu memang kalah orang muda. Semoga Adira dan Dato’ Red berjodohan semula dan perhubungan ini berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nitahussin001
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

