Artis / Selebriti
” Macam Jep oh.. ” – Shuib Sepahtu
Video respon spontan Shuib Sepahtu menyebut nama Jep Sepahtu ketika mendengar suara sorang penyanyi band yang menjayakan Konsert Mini Pak Mat Western. Serius sebijik macam suara Jep menyanyi. Mesti Shuib rindu sangat pada Jep, banyak kali Shuib ulang..
Beberapa hari yang lalu, Shuib Sepahtu bersama anaknya yang semakin dikenali, Thalita telah pun menjayakan konsert mini Pak Mat Western. Tidak hanya Thalita, Shuib juga turut menyumbangkan suaranya dan menghiburkan semua dengan suara merdunya itu.
Meninjau entry di akaun Tiktok Denikiqm5rz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib sedang bersedia untuk menyanyi di atas pentas. Shuib turut berpadu suara bersama penyanyi band yang turut diundang Pak Mat Western dan mereka menyanyikan lagu yang banyak kenangan untuk Shuib.
Istilah Bercinta nyanyian asal oleh Ramli Sarip antara lagu yang begitu dekat untuk Sepah. Tahkala mendengar suara penyanyi band itu menyanyi, spontan Shuib menegur mengatakan suara penyanyi tersebut saling tak tumpah seperti suara Jep Sepahtu menyanyi.

Tidak sekali, malah berkali-kali Shuib mengulangi ayatnya itu. Warganet merasakan Shuib sebenarnya sangat merindui Jep. Banyak kenangan mereka bersama dari mereka belum ada nama sehingga lah sekarang sudah berdiri gah atas nama masing-masing. Masakan Shuib atau pun Jep melupakan memori itu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@denikiqm5rz mesti dia rindu sahabat dia banyak kali dia sebut macam jep 😢 . #pakmatwestern #thalita #shuibsepahtu #fyp
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 22 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tak kisah lah diowang okey tak tapi sumpah nak tgk diowang bertiga comeback balik rindu wooo.. “
” Percaya la 2 org sahabat baik b’masam muka, mula2 je rasa marah, bila masing2 dah reda, akn timbul kerinduaan tu.. hati ign bbaik,tp dsbbkan ego didpn mengatasi segalanya, smua pyh utk kmbali sedia kala.. “
” Nama pun kawan .. banyak kenangan… mesti ingat.. dah ada tanda2 nak baik blik ni Sb dh boleh sebut namakn heheheh.. “
” Rindu cakap ib, pegi jumpa berdamai.. Harap dapat bergabung semula.. Aq syg sepahtu… baik yg dlu baik yg sekarang… hope sepahtu akan bersatu semula demi industri.. “
” Pergila mintak maaf kalau rindu berbaik la balik buang ego masing2. memintak maaf lg mulia dr yg memaafkan. ramai sayangkan ib dan jep.. “
” Pakmatwesternhq.. tolong satukan mereka kembali.. kami semua rindu nak tengok jep dan shuib sepentas bersama-sama menghiburkan semua.. “
” Banyak kali Shuib ulang sebut nama Jep. Memang suara tu hampir sama macam Jep. Manalah Shuib tak teringat.. kenangan tu lagu paling dekat dengan Sepah.. “
Kenangan antara Shuib dan Jep tidak mungkin dapat dilupakan. Sekiranya Shuib selalu teringat moment dan lagu itu bersama Jep, apatah lagi peminat Sepah yang memang sejak dulu lagi merindukan kelibat 2 sahabat ini bersama-sama menghiburkan semua dengan jenaka spontan mereka. Semoga yang baik-baik untuk Jep dan Shuib.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok denikiqm5rz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti1 day ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti3 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya dah fikir, Ya Allah kalau benar anak aku sakit macam ni, aku sanggup nak derma.. ” – Datin Shahida

