Artis / Selebriti
” Lurus sangat la YB ni, sampai tak boleh bawa bincang, haha.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah ditanya kenapa menangis ketika menemani YB Syed Saddiq di mahkamah tempoh hari. Sempat Bella bergurau ada semut masuk ke dalam matanya. Tapi tak sangka YB Saddiq respon macam tu. Alamak, lurus betul YB ni. Percaya bulat-bulat, lawak lah, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik bassforever1, telah dikongsikan video yang memaparkan Bella sedang membuat live bersama para peminatnya. Menerusi video itu, Bella menerima banyak komen daripada peminat-peminat yang mengatakan ada satu video memaparkan wajah Bella seperti baru lepas menangis.
Wanita di sebelah Bella yang bernama Ami menjawab dengan berkata, Bella tidak menangis dan secara tiba-tiba, Bella berkata dia menangis hanya sedikit sahaja gara-gara semut masuk matanya. Mendengar apa yang dikatakan oleh Bella itu, Ami dan Jack yang berada di belakang mereka agak terkejut. Namun selepas itu, mereka tersedar sebenarnya Bella hanya lah bergurau sahaja.
Namun, apa yang mencuti hati adalah mendengar suara YB Syed Saddiq menerusi video itu yang bertanya kepada Bella, bagaimana semut boleh masuk ke dalam matanya. Seloroh Bella, meminta agar YB Saddiq pergi mencari semut tersebut yang telah membuat dirinya menangis.
Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan YB Saddiq sangat lurus seperti ‘pembaris’Β kerana percaya dengan apa yang dikatakan oleh Bella, sedangkan Bella hanya lah bergurau sahaja. Sehingga kini, video Bella tersebut telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@bassforever1 YB pun pelik cam mana semut boleh masuk mata bella π€£#syedsaddiq #bellaastillah #bass #fyp
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Bella dan YB Saddiq serta rata-ratanya begitu terhibur. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pembaris sangat la YB ni, sampai tak boleh bawa bincang, haha.. I love how jack always defend bella bila tiap kali yb mempersoalkan something.. “
” Yb ni mcm org tua sgt2, yg tua hidup zmn 50an dulu2. Lurus dn sgt bertggjwb, hahaha.. YB loading nak percaya la tu kan, kan. haha.. “
” Yb boleh tanya macam mana semut boleh masuk mata, YA ALLAH.. Haha memang aku berdekah dengar.. Dia ni memang lawak semula jadi betul.. “
” Lurus kalah pembaris betul lah YB ni, nasib handsome, tak lah nk marah sangat.. Hahahaha. Nasib lah Bella, Ami n Jack tu penyabar, haha.. “
” Kami pon nangesβ¦ apa lagi BAβ¦ Sabarrrrrr mcm selalu tauβ¦ Hadiah yg indah dr Allah mmg selalunya berbungkus dgn airmata.. Insyaallah kes YB nanti akan selesai dengan baik..
” Cerita topik semut masuk mata jadi bella cakap nangis sikit ja itu alasan bella saja utk cover, terus jack bilang kucing masuk baru sedar itu pun masih loading bah yb oh yb, hahaha.. “
” YB betul2 definisi jalan tegak no belok2 .. Stay strong Bella n Yb.. Rasanya betul Bella baru lepas menangis, sebab nampak mata dan hidung tu merah.. Mesti kes mahkamah Yb kan..
Sementara itu, ada juga warganet mengatakan wajah Bella sebenarnya memang kelihatan seperti baru lepas menangis dan beranggapan mungkin Bella menangis atas sebab sedih dengan penangguhan keputusan rayuan YB Syed Saddiq beberapa hari lalu.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok bassforever1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tahniah kakak, cantik anak abah Jai. Situasi inilah yang Abby mahukan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kutu buat comeback pulak guys. Patut lah dia tak tenang.. ” – Ubai
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wei dah agak mesti gelak punya. Terguling-guling Khiriah ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Rasa nak melompat bila dengar Spacedollah cakap macam tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen