Artis / Selebriti
” Masa tu saya cuba mengorat dia, tapi dia.. ” – Sharnaaz Ahmad
Video Sharnaaz Ahmad kongsi cerita pernah mengorat Amelia Henderson buat ramai terhibur. Part last memang kelakar, macam tu je Sharnaaz ajak Amelia couple, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik Studio Sembang, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi tetamu jemputan dalam rancangan podcast ‘Studio Sembang’ yang dikendalikan aktres dan pengacara, Amelia Henderson.
Umum mengetahui yang Sharnaaz dan Amelia telah bergandingan bersama dalam filem Blood Brother : Bara Naga. Menerusi rancangan podcast itu, Sharnaaz ada berkongsi cerita yang sebelum ini dia pernah cuba untuk mengorat Amelia ketika mereka bertemu di sebuah majlis.
Kata Sharnaaz, dia berkedip mata kepada Amelia, namun Amelia tidak memberikan sebarang respon dan tidak membalas tindakkan Sharnaaz itu. Bahkan bukan itu sahaja, Sharnaaz mempersoalkan kenapa Amelia tidak melayannya. Selepas itu, Sharnaaz sempat menyakat Amelia dengan mengajak Amelia untuk couple.

Mendengar apa yang dikatakan oleh Sharnaaz, terus Amelia ketawa. Perkongsian video tersebut telah mengundang tawa warganet. Akui warganet, Sharnaaz seorang yang kelakar dan suka menyakat Amelia. Bukan itu sahaja, ramai yang meluahkan rasa suka jika benar Sharnaaz dan Amelia berjodohan.
Tonton video di bawah ini :
@studiosembang ten ten ten tennnsionn ke tu sebab belum tengok episode @Mamu Legacy Shop lagi? pergi la check it out on @YouTube @Spotify & @Apple Podcasts cepat! #jomsembang #studiosembang
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur mendengar kisah yang diceritakan oleh Sharnaaz itu dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ayat Sharnaaz power “kalau gitu kita couple lah senang u & me”, ayat untuk memerangkap Amelia & cuba menguji iQ amelia apa respond yg akan di beri.. Hahaha.. “
” Kalau aku Amelia, aku pilih laki yang lasak mcm sharnaaz, dia ngorat dgn satu ppm je, hahahaha.. Aku suka betul dua2 orang ni.. “
” Serius nampak sepadan, mana tahu ada jodoh kan.. Mamu kalau mengayat pun, sweet lah skit, ganas betul gayanya tu, haha.. “
” Amboi2 Sharnaaz, langsung tak bertenang.. Rupanya dah lama juga lah dia ni wisha Amelia, hahaaha.. Tapi Amelia ni mcm susah juga nk try.. “
” Mamu mmg gentlemen lah.. Gitu je dia ajak couple, hahaha.. Aku support klu mamu ngan amelia. Dalam bloodbrothers pun aku dpt rasa chemistry tu.. “
” Tuuu diya mamu, HAHAHAH ,direct to the point.. Mamu ni kalau hampa perasan, dia mcm kucing liar tau. Klu dia suka mmg dia btl suka.. “
” Nohhhhh dia confess mcm tu jeeeee… Ketuaaaaaa.. Hahahaha kami sokong ketuaaa kalau ni yang dikatkaan jodoh ketua.. “
Amboi Sharnaaz, boleh pula dia ‘menyelam sambil minum air’ yer. Sempat lagi nak mengorat pengacara podcast. Apa-apa pun, Sharnaaz sebenarnya hanyalah menyakat Amelia dan perkongsian video ini sekadar menghiburkan penonton sahaja.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok studiosembang
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen

