Artis / Selebriti
” Alahai sempat lagi Tokti mengusik, sampai blushing Bella dan Amira.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza mengusik Bella Astillah dan Amira Othman sebelum berduet menyanyi lagu raya buat ramai terhibur. Amboi Tokti, dalam live hari tu dah menyakat, bila atas pentas pun sempat lagi mengusik. Sampai tersipu-sipu Bella dan Amira dibuatnya, hehe..
Hari ini telah berlangsungnya majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran syarikat Dato’ Seri Siti Nurhaliza, CTDK Holding. Ramai sahabat handai dan rakan selebriti yang diundang ke majlis hari raya ini antaranya Amira Othman, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram CTDK, telah dikongsikan suasana ketika DS Siti mengundang Bella dan Amira naik ke pentas untuk menghiburkan semua tetamu dengan alunan suara mereka. Sebelum itu, DS Siti memberikan ucapannya untuk Bella dan Amira.
Ujar DS Siti, Bella dan Amira adalah antara adik-adik yang disayanginya dan dirasakan mempunyai masa depan yang cerah dalam industri. Tidak hanya berbakat, tetapi di mata DS Siti, Bella dan Amira mempunyai budi bahasa dan adab sopan yang tinggi. Melangit sungguh pujian yang DS Siti berikan kepada Bella dan Amira.

Sebelum memulakan nyanyian, sempat DS Siti menyakat Bella dan Amira. Satu Malaysia sedang dilanda wabak angau Bella Astillah YB Syed Saddiq ( BASS ) dan Fattah Amin Amira Othman ( FattMira ). Sama seperti netizen, DS Siti juga menyakat Bella dan Amira. Ayat spontan daripada DS Siti yang mengundang tawa semua.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Yg penting sekali tgk budi bahasa dan orang kata… Adabnya. Adik2 saya wanita2 terhebat” . Whatever that is said from the heart, will go to the heart. Well said from DCT to the younger generations, take this advice to the heart.. “
” Hahaha “nanti diorang kawen nak suruh sy nyanyi ke”, alahai mak iti sempat lagi mengusik. dah blushing bella dan amira.. “
” Sempat Tokti selit mengusik.. saya pulak yang tersenyum-senyum macam saya yang nak kawin…. ha ha ha.. “
” Biduanita Negara bersama bakal para mempelai.. BASS & FATTMIRA dua2 tengah fenomena. Menyempat tokti menyakat.. comel je.. dua2 vitamin malaysia buat masa ni.. “
” Nanti nak kawen nak suruh saya nyanyi ke, haha. love lah tokti ni.. spontan sungguh tokti mengusik.. kembang sekawah tokti puji.. “
” Love nya tiga tiga.. my vitamins BASS FattMira.. wanita2 yg d gilai ramai jejaka sebab lemah lembut dan beradab.. 3 wanita berhati baik.. “
” Seorang gosip dengan Fattah Amin, seorang dengan Syed Saddiq.. kita pun tersengih-sengih dengar tokti mengusik bakal mempelai ni.. “
DS Siti memang pandai mengusik sampai tersipu-sipu malu Bella dan Amira dibuatnya. Dua-dua ‘vitamin’ yang membuatkan ramai peminat mereka ‘angau’. Semoga andai berjodohan BASS dan FattMira, DS Siti akan menyanyi di majlis istimewa pasangan ini. Tentu akan menjadi wedding of the year.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen

