Artis / Selebriti
” Love betul kalau dorang berdua ni bergabung, jadi perfect sangat.. ” – Komen Netizen
Video Amad Dayyan dan Thalita berduet menyanyikan lagu DS Siti Nurhaliza, Menamakanmu Cinta di Wonderfest 2025 raih pujian warganet. Fuh meremang dengar paduan suara Amad Thalita ni. Memang gempak lah..
Selepas tirai Talk To My Manager dilabuhkan, Amad Dayyan dan Thalita terus melangkah maju dan mencipta nama mereka. Satu demi satu show ditawarkan kepada 2 bakat baru ini dan yang terbaru adalah persembahan di Wonder Fest 2025 AU2 Setiawangsa semalam.
Thalita dan Amad masing-masing membuat persembahan solo mereka membawakan beberapa buah lagu. Pasangan ini juga turut berduet bersama dan ianya meraih tepukan dan sorakan daripada semua pengunjung yang hadir ke Wonder Fest itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ayenjfr dan Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan suasana ketika Thalita dan Amad menghiburkan pengunjung events tersebut. Mereka berganding suara menyampaikan lagu berjudul Menamakanmu Cinta dalam versi mereka tersendiri.

Baik Thalita mahu pun Amad, ramai yang memuji vokal mereka. Kedua-duanya semakin bijak berinteraksi bersama penonton. Seronok semua pengunjung mendengar nyanyian Thalita dan Amad itu. Pasangan duet baru yang bakal menggegarkan industri seni tanahair.
Jom tonton video di bawah :
@ayenjfr the vocals… sedap sgt! comeynye la dak dua org ni.. @⚗️AMAD⚗️ @tatatintun #wonderfest2025 #menamakanmucinta #amad #thalita
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun merekodkan lebih 6000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Love sangat suara dua ketul ni.. power, makin lama makin mantap.. dorang ni boleh jadi pasangan duet hebat macam Ajai dengan nourul dulu-dulu.. “
” Best sangat amad dan talita nya.. gabungan suara yang terbaik.. please ajai buat lagu untuk dia orang berdua.. “
” Suara arwah ada dlm diri dikta. Semoga dikta berjaya achieve apa yg arwah ibu impikan tanpa melupakan pelajaran ya.. “
” Ya Allah banyak improvement suara Dekta.. akak lurve sangat.. xpuas dengar, ulang banyak kali video ni.. “
” Lurve nya kalau dorang berdua ni bergabung, jadi perfect sangat.. Comel je Thalita marah amad last tu hehe.. sesuai sangat berdua.. “
” Bestnya paduan suara Thalita Amad ni, serasi.. makcik pulak yang tersenyum-senyum tengok budak berdua ni.. comel sangat sangat.. “
” Comel la diorg berdua ni…. suara pun dah sedap didengar… Masa final dorg tak dapat duet sama dah sedih da tapi bila dh habis ttmm rezeki dorg dapat duet sama2 kat luar hihihi shukeee shangatttt.. semoga terus menyinar anak-anak.. “
Semakin lama semakin serasi Thalita dan Amad. Ada juga yang meminta agar komposer terkenal Ajai menciptakan satu lagu duet khas untuk Thalita dan Amad. Apa-apa pun, semoga kedua-dua bintang baru ini semakin bersinar dan menjadi penyanyi hebat serta tersohor suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok ayenjfr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah baiknya, adorable Anggrek buat surprise hari jadi Aisha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Gua tak nak gad0h dengan lu. Lu jaga dia arr, lu tak jaga dia.. ” – Cik Lan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz

