Artis / Selebriti
” Lenggok leman daripada Amad dan melting voice daripada Sairah, perfect sangat.. ” – Komen Netizen
Video Siti Sairah menggantikan tempat Thalita berduet bersama Amad di Konsert Final Talk To My Manager buat ramai terhibur. Meremang dengar anak beranak ni menyanyi lagu Tokti dan Ernie. Power vokal dua-dua..
Ketiadaan Thalita di konsert final Talk To My Manager semalam gara-gara masalah kesihatan dan perlu dikuarantin membuatkan terjadinya perubahan pada pusingan battle antara Amad Dayyan dan Thalita. Memandangkan ianya adalah battle, seseorang perlu menggantikan tempat Thalita.
Siti Sairah mengambil tanggungjawab untuk menggantikan Thalita dan ianya disepakati setelah perbincangan diadakan bersama Shuib Sepahtu. Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan bersama Amad dan Siti Sairah.
Lagu berjudul Hal Hebat dendangan asal Ernie Zakri dan Menamakanmu Cinta oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza merupakan lagu tugasan yang diberikan kepada Amad dan Thalita. Ianya tidak sukar untuk Siti Sairah kerana dirinya juga seorang penyanyi yang hebat.

Gandingan Amad dan Siti Sairah menyaksikan gabungan suara yang memukau penonton. Amad pandai mengawal lenggok suaranya dan ianya membuatkan persembahan itu lebih menarik. Amad ada auranya yang tersendiri dan lagu galau seperti ini sememangnya ‘makanan’ Amad.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 1000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Siti Sairah wow sangat vocal dia.. Sebijik suara Siti Nurhaliza.. sedap tak puas dengar suara Sairah ni.. patut Amad suara best.. “
” Lenggok leman daripada Amad dan melting voice daripada Sairah.. perfect anak dengan mak ni.. Vokal amad memang best dari dulu lagi.. “
” Amad the best malam tadi.. terbaik vokal.. Ini lah namanya hikmah.. Berduet dgn ibu tersayang.. persembahan ni the best, Perfect.. “
” Suara sepesen je dgn tokti syoo syedapppp.. untuk dunia ku tu sbjik tokti style nynyi.. klu tutup mata, ingt tokti yg menyanyi.. “
” Tolong la dia ni juara.. Suara engko sedap asal dik.. Meremang betul dgn suara anak dan ibu .. anugerah yg Allah berikan .. bukan semua org akan dapat.. “
” Bestnya gabungan lagu ni.. sedap harmony dorg part last… good bonding for both of them.. puas hati dn bangga dgn amad. semoga minggu depan capai impian juara. buat yg terbaik.. “
” Harap minggu depan amad juara, sbb minggu depan lagu lagi Best berduet dgn nadera.. giler betul lah suara amad ni..suka sangat Cara dia Alun Kan suara dengan Cara dia sendiri.. “
Paduan suara Amad dan ibunya sememangnya memukau penonton yang hadir juga di rumah. Kedua-duanya memiliki suara yang lunak dan lenggok yang tidak puas didengar. Semoga Amad dapat mengekalkan momentumnya ketika Grand Finale nanti dan melakukan yang terbaik. Next week Amad akan berduet bersama Nadeera, mesti lagi gempak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan abang saya tu, kami pernah tak berborak beberapa tahun tau. Jadi.. ” – Zaki Yamani

