Artis / Selebriti
” Gandingan duet yang ditunggu-tunggu. Memang power lah vokal masing-masing.. ” – Komen Netizen
Video Thalita berduet bersama Amad menyanyi lagu Hal Hebat raih pujian ramai. Wah gandingan yang mantap, padu sungguh suara Thalita dan Amad. Chemistry tu ngam teruk lah..
Meninjau di platform TikTok milik Onlyformely, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan dua personaliti muda yang semakin dikenali, Thalita dan Amad berduet bersama ketika membuat persembahan di Wonder Fest yang berlangsung di AEON Bukit Tinggi, Klang, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Thalita dan Amad menyanyikan lagu berjudul Hal Hebat, nyanyian asal oleh Govinda dan Ernie Zakri. Gabungan suara merdu Thalita dengan vokal lunak Amad menjadikan persembahan mereka kedengaran begitu harmoni dan menyenangkan.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang memuji keserasian mereka berdua dan bakat semulajadi yang dimiliki oleh Thalita serta Amad. Tidak kurang juga, ada yang berharap agar Thalita dan Amad akan tampil dengan lagu duet rasmi pada masa akan datang.

Selain bakat nyanyian, keakraban serta kecomelan pasangan ini ketika membuat persembahan bersama turut mencuri tumpuan warganet. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka dan pelbagai komen positif daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@0nlyformely #fyppppppppppppppppppppppp #creatorsearchinsight #tamad #talktomymanager #duet @⚗️AMAD⚗️ @tatatintun
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai persembahan duet Thalita serta Amad. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Gandingan duet yang ditunggu-tunggu. Memang power lah vokal masing-masing.. Cantiknya talita ini, semoga talita dengan amad berkawan buat selamanya..”
” MasyaAllah makin sedap suara dekta.. Berbeza masa tengok dia mula perform kat bukit bintang tu.. Semoga terus maju jaya dekta.. “
” Suara kedua nya mantap, padu betul dengar.. Astro telah membawa mereka terkenal & ramai perminat.. “
” Sedap thalita n Amad nyanyi.. Semoga mereka berdua sentiasa berjaya didunia n akhirat… Love Thalita and Amad.. “
” Amad atas pentas sangat santai. Tapi bila nyanyi fuh, mantap. Thalita pon.. Suara mereka melengkapi.. “
” Sweetnya msaa Amad tunjuk Thalita tu. .Dua2 ada bakat besar dalam seni suara.. Moga terus maju jaya.. “
” Comel tengok dia org ni, mantap suara.. Best sgt.. Syamel Erni Zakri versi junior ni, hehe.. Selamat Maju Jaya, terus melangkah.. “
Tidak dapat dinafikan gandingan Thalita dan Amad sememangnya mempunyai aura tersendiri. Dengan bakat serta keserasian yang jelas terserlah, ramai yang menjangkakan pasangan ini mampu pergi lebih jauh dalam bidang nyanyian jika terus diberikan peluang.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok Onlyformely
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

