Artis / Selebriti
” Lagu tu betul-betul mencengkam jiwa, tengok Thalita auto lagi sedih.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Thalita menangis ketika melihat persembahan Marsha Milan di pentas AJL39 buat ramai tersentuh. Marsha pun tidak boleh tahan sebak melihat video Thalita menangis selepas Marsha membuat persembahan..
Banyak corat coret yang boleh dituliskan sepanjang berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 39 malam tadi. Axiata Arena, Bukit Jalil menjadi saksi kemenangan yang diraih oleh bintang kelahiran realiti hiburan Akademi Fantasia, Marsha Milan. Marsha membawakan lagu Hening Rindu dengan cukup sempurna.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika Marsha mempersembahkan lagu itu. Tumpuan lensa kamera tertumpu ke arah anak tunggal perempuan Shuib Sepahtu, Thalita yang turut hadir ke AJL39.
Thalita tidak dapat menahan air matanya ketika mendengar nyanyian oleh Marsha itu. Bait-bait lirik yang terkandung dalam lagu ini ditambah pula penghayatan Marsha menghidupkan kisah dalam lagu tersebut. Laju sahaja air mata Thalita mengalir sambil matanya memerhatikan persembahan Marsha di atas pentas.

Kata Shuib, dia sendiri juga sebak dan hampir menangis ketika melihat nyanyian Marsha. Shuib terkenangkan moment arwah Siti Sarah di pentas AJL beberapa tahun yang lalu. Kenangan manis Siti Sarah melangkah ke final AJL yang tidak akan pernah Shuib lupakan.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 15 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sape je tak terasa bila mood marsha nyanyi, mcm tu td.. kite pun nangis lap mata senyap. takut kena ejek ngn anak.. lg thalita yg kehilangan ibu nye,rindu la.. “
” Dia merasa apa yg dh dia lalui.. mghayati lirik tu.. baguss sangat-sangat.. Die rindu kan arwah tu kak, teringat memories bersama ibu nya ketika dahulu … saya pon turut sedih kak.. “
“Menjiwai lagu.. tgk Talita plak auto jdi sdih.. mmg smpai lagu ni tak heran la talita leh ngis. kakak pun ngis dik.. “
” Tgk dekta nangis auto aq pun nk nangis n sedih trus tringat kat arwah sarah.. Thalita semakin membesar thalita psti semakin rasa akn kehilangan ibu kandungan dia.. “
” Sumpah nangis jugak dengar Marsha nyanyi tadi. Meremang + sampai ke hati.. Congrats Marsha.. “
” Terbaik penghayatan marsha… sy kt rmh pon menangis.. tgk talita auto lg sedih.. deep.. rindu yang tiada penghujung.. “
” Aku yakin Tahlita juga belajar sesuatu dari ini… moga jadi juara AJL utk Tahlita suatu hari nanti. aamiin.. “
” Lagu tu btl² mencengkam jiwa, kna plk penyanyi yg mmbawa lagu tersebut, tahniah buat penggubah lagu, lirik dan marsha. thalita teringat arwah ibu dia la tu.. “

Pastinya ada sesuatu yang berada di benak fikiran Thalita ketika itu yang membuatkan emosinya bertukar menjadi sedih. Tambahan pula lirik lagu Marsha ini berkenaan dengan rindu. Mungkin Thalita merasai kerinduan yang mendalam terhadap arwah ibunya, sama seperti kisah lagu Marsha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya ibu tunggal yang bekerja, membesarkan anak dengan mental yang baik. Tolong jangan ganggu saya lagi.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak seperti sangat berani berselindung di sebalik fake account.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi

