Connect with us

Artis / Selebriti

” Keras perut gelak Zain kata Che Ta tua. Angin satu badan Che Ta dengar, haha.. ” – Netizen

Video Terbaru Rozita Che Wan Bersama Suaminya, Zain Saidin Sedang Bersiar-Siar Di Sebuah Mall Buat Ramai Terhibur. Selamba Je Zain Kata Che Ta Tua. Siap Nak Cari Kerusi Roda Lagi Untuk Che Ta, Haha !!

Umum mengetahui Rozita Che Wan merupakan isteri kepada Zain Saidin. Kehidupan rumahtangga pasangan ini diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana dan pejam celik, pejam celik pasangan ini sudah pun 10 tahun berkahwin.

Meninjau di akaun TikTok Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan nama Che Ta telah dikongsikan dua video yang memaparkan gelagat Che Ta ketika keluar bersama Zain bersiar-siar di sebuah TRX Mall. Namun apa yang mencuit hati adalah telatah Zain menyakat Che Ta.

Klik gambar untuk info..

Kata Zain, mall tersebut begitu besar dan tidak sesuai membawa orang tua kerana mereka akan penat berjalan. Sempat Zain merakam Che Ta sedang menaiki airwheel luggage dan mengatakan Che Ta adalah orang tua. Mendengar apa yang diungkapkan oleh Zain tersebut, terus Che Ta ketawa.

Manakala video kedua pula memaparkan giliran Che Ta pula merakam telatah Zain menaiki airwheel luggage. Perkongsian video-video ini telah mengundang tawa warganet dan sehingga kini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Tonton perkongsian video di bawah ini :

@rozitachewan1

Besaq sgt TRX ni weiiiii, jenuh menapak dr satu kedai nk p kedai lain🤣🤣🤣 Time ni lah nk explore #airwheel ni weiiii.. .. Tua tk pa janji CEKANG ‼️‼️‼️. . #fyp #airwheel #cheta #rcw

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

 

@rozitachewan1

Eeeee geqam ja kami .. kita ni bawak pastu dia plk yg dik kudakan benda ni .. Tp serius hampa, mai mall besaq2 ni tak laqat kayuh laaaaa… bawak #airwheel ni best giler 💃🏻 . #cekangjelita #fyp #cheta #rcw #rozitachewan #airwheel

♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

Di ruangan komen, rata-rata terhibur melihat telatah pasangan suami isteri ini yang saling menyakat antara satu sama lain. Antara komen-komen warganet adalah :

” Keras perut gelak Zain kata Che Ta tua. Angin satu badan Che Ta dengar, haha.. Zain pandai melawak kasaq orang Kedah kata, haha.. “

 ” Hahahahaa ni memang win, slumber je kata wife tua.. Tua2 pun kemain sayang sangat kan, hehe.. Besar betul TRX tu, kita tgk pun dah penat nk jalan.. “

” Selalunya yg slalu usik bini gini jenis yg setia.. Senyum je tengok pasangan ni menyakat, hehe.. Moga till jannah yer korang.. “

”  Tp Che Ta sporting… Klu aku dh merajuk kecik hati dah.. Silap2 balik tnggal suami di mall, hahahaha. Padan muka cakap aku tua sangat.. “

” Hahahaha wheelchair dia nak bg kt Che Ta.. Kurang asam betul Zain, hahahahaha.. Mengekek aku gelak tengok video ni.. “

” Comey ja.. Huhu. Best jenis melawak dgn pasangan cmni. Klu hati jenis tisu, jgn duk buat.. Stg merajuk tak mkn pujuk.. Hahaha.. “

” Bf aku ckp kt aku mcm kakak adik pun aku dh sentap weh… Merajuk terus… Cikta rileks je, siap ketawa bagai lagi, haha.. “

Klik gambar untuk info..

Bahagia tengok cara Zain dan Che Ta menyakat antara satu sama lain. Apa-apa pun perkongsian video ini hanyalah sekadar hiburan. Semoga rumahtangga Che Ta bersama Zain akan terus mekar bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT