Connect with us

Artis / Selebriti

” Satu-satunya penyanyi yang boleh menyanyi lagu Ziana dengan baik, padu Ernie.. ” – Netizen

Video Ernie Zakri Cover Lagu Putus Terpaksa, Nyanyian Asal Ibu Saudaranya, Ziana Zain Mendapat Pujian Warganet. Fuhh Meremang Dengar Ernie Nyanyi, Sedap Sangat. Ada Yang Kata Ernie Ni Versi Ziana Zain 2.0 !!

Ernie Zakri antara penyanyi yang mempunyai ramai peminat dan banyak lagu-lagu Ernie mendapat pujian warganet. Vokal suaranya yang dikatakan ’emas’ itu bukan lah biasa-biasa. Ernie mampu menyanyi pelbagai genre lagu dengan caranya yang tersendiri.

Meninjau di akaun TikTok fans Ernie, telah dikongsikan video yang memaparkan Ernie menyanyi lagu ‘Putus Terpaksa’ nyanyian asal ibu Saudaranya, Ziana Zain di sebuah konsert. Membawa lagu tersebut dengan penuh penghayatan, nyanyian Ernie menarik perhatian warganet.

Klik gambar untuk info..

Ada peminat mengatakan Ernie adalah satu-satunya penyanyi yang mampu membawa lagu Ziana dengan baik tanpa nampak ‘terseksa’ ketika menyanyi lagu note yang tinggi seperti itu. Bahkan ada juga mengatakan wajah Ernie dan gayanya sudah seperti Ziana Zain.

Menerusi video lain yang baru dimuatnaik, memaparkan Ernie turut menyanyikan lagu Madah Berhelah. Hingga kini, video nyanyian Ernie telah ditonton lebih 900 ribu tontonan dan menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.

Tonton perkongsian video di bawah ini :

@eznators

Putus Terpaksa | Lyrics Video – Ernie Zakri (cover) cr : @nrfarzana_ #erniezakri #ernienators #putusterpaksa #zianazain

♬ Putus Terpaksa Ernie Zakri – Ninie World

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa suka mereka setelah menonton video persembahan Ernie ini. Antara komen-komen warganet adalah :

” Satu-satunya penyanyi yang boleh menyanyi lagu Ziana dengan baik tanpa nampak begitu seksa ketika menyanyi.. Padu Ernie.. “

” Penyanyi asal lagu ni bukan ke muka Ziana zain tu ker.. Kalau tak silap.. Tengok muka Ernie dalam video tu pun dah macm Ziana zian.. “

” Puasnya dengar. Tak ada bunyi terseksa pun walaupun high note.. Ni dah Ziana Zain no 2.. Hehehe lagu mak saudara dia pun tapau baik punya.. “

” Ape nk heran, dr kecik da masuk pertandingan menyanyi.. Kt skolah rendah dulu kalau ade koir ke ape, mmg dia jea conquer, hehe.. “

” Lagu mak saudaranya.. Tak kurang powernya. Kalau nak compare dengan penyanyi asal, mana2 lagu yang di-cover pun tak dapat lawan.

” Suara ernie ni yang aku suka, high note dia tak bingit telinga dengar. Dia bawa lagu semuanya sedap dengar.. Anak saudara Ziana kan dia.. “

” Gaya dan raut wajah sebijik mak long dia dh.. Suara power tak leh ckp apa dh.. Terserlah kemerduan Ernie bawa lagu ni.. “

Klik gambar untuk info..

Padu lah cara Ernie menyanyi, patut ramai yang menyukainya. Umum mengetahui, Ernie sebenarnya mempunyai pertalian keluarga bersama Ziana dan mereka sangat akrab. Apa-apa pun semoga Ernie terus maju jaya dalam bidang seni suara serta bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok eznators, IG erniezakri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT