Artis / Selebriti
” Gemok jari kaki dan tangan, macam abang Bilal. Rasa nak gigit je.. ” – Netizen
Perkongsian Gambar Anak Kedua Neelofa, Abdullah Abbas Yang Kini Sudah Berusia 7 Bulan Curi Perhatian Warganet. Wah Nampak Sebijik Macam Bilal Masa Baby Dulu Lah. Tangan Tu Berketul-Ketul, Kus Semangat Sungguh Abbas Ni !!
Selebriti dan juga usahawan popular, Neelofa seringkali meraih perhatian warganet. Tidak hanya Neelofa, anak-anaknya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abas juga mempunyai peminat mereka yang tersendiri. Wajah Bila sudah diketahui Umum.
Adiknya Abbas pula sehingga ke hari ini masih belum lagi ditayangkan wajah penuhnya kepada umum. Untuk rekod, Abbas dilahirkan pada 11 Julai tahun lalu dan usianya kini memasuki 7 bulan. Sekejap sahaja masa berlalu, pejam celik, pejam celik Abbas bakal menginjak setahun beberapa bulan sahaja lagi.
Meninjau akaun Instagram kelab peminat Neelofa iaitu Lofa.redland.nlf, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Abbas. Gambar Abbas ini diambil dari arah belakang dan hanya menampakkan badan Abbas sahaja menerusi perkongsian ini.
Dapat dilihat, Abbas sedang melihat ke arah sebuah buku bergambar yang memaparkan tentang anggota badan. Rambut dan bentuk badan Abbas yang chubby dan ‘semangat’ itu saling tak ubah seperti Bilal dulu. Tengok lah tangan Abbas, berketul-ketul macam roti bun.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Macam abang dia, Bilal dari belakang. masya Allah comelnya Abbas. Kejah je dah besar anak soleh ni.. ”
” Abbas sayang comelnya, kus semangat betul badan Abbas. Berketul-ketul roti bun dekat tangan tu hehe.. ”
” Boleh duduk dah dia, comelnya Abbas. Kejap je.. abbas dh besar siap leh duduk, rsa cam baru je dia lahir hritu.. ”
” Comel-comel anak neelofa ni. Mcm abg Bilal but must be too comel-comel.. semoga sihat-sihat selalu.. ”
” MasyaAllah Abbas.. dari belakang dah comel, macamana ni.. gemok-gemok jari kaki dan tangan terr.. macam nak gigit je.. ”
” Pandangan belakang comel, pusing depan tentu lagi comelkan. Nanti kalau dah besar macam kembar dua beradik ni.. ”
” Ala geramnya tengok Abbas. tak sabar nak tengok abbas gebu gebas ni. Mesti cute macam abang bilal.. ”
Alahai Abdullah Abbas, buat ramai yang naik geram tengok si chubby ni. Kalau duduk sebelah abang Bilal tentu macam kembar ni, sama-sama ‘berketul’ badannya. Apa-apa pun, semoga Abbas membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
Silakan SHARE..
Sumber : IG lofa.redland.nlf, ig lofa.world
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hadie baru 16 tahun tapi MashaAllah matangnya dia. Bijak bercakap, walaupun kena provoke.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Best dengar Nubhan cakap Cina, macam pakcik-pakcik Chinese ajak menyembang. Fluent betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Jadi lain lagu ni dalam versi Aishah. Sedap rupanya lagu ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terharu dengar jawapan suami Ina. Jawapan orang terpelajar dan berilmu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia betul-betul buat lagu ni versi dia, sampai tak sedar tu lagu Tokti. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago
” Oh patut la tak nampak Salman. Ingat merajuk Ina kahwin lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Hebat tok kadi, ikut perkembangan semasa. Tak pernah lagi tok kadi bagi ceramah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, sayunya hati ini. Sedih tengok anak sulung Ina menangis.. ” – Komen Netizen