Artis / Selebriti
” Sang kancil ni memang suka buat hal kan. Geram pulak dengan dia ni.. ” – Netizen

Video Gelagat Kancil Jatuh Lagi Di Pentas Masked Singer Malaysia Buat Warganet Terhibur. Adui Minggu Lepas Tersadung Kaki, Minggu Ni Kancil Berguling Atas Lantai Pulak. Lawak Lah Kancil Ni , Dato’ AC Mizal Pun Pening !!
Program The Masked Singer Malaysia semakin menarik dan saban minggu penonton disajikan dengan persembahan yang hebat daripada semua peserta. Peserta dengan maskot Kancil antara peserta kegemaran ramai, tidak hanya kerana suaranya tetapi juga kerana perangainya yang suka membuat kelakar.
Jika minggu lalu, penonton ketawa besar melihat gelagat Kancil yang tersungkur jatuh di atas pentas. Sempat lagi Kancil marahkan tangga kerana membuatkan dirinya terjatuh. Pada minggu ini, Kancil buat hal lagi dan sekali lagi kejadian sama berulang.
Kali ini, Kancil terbaring di atas pentas. Dapat dilihat, Dato’ AC Mizal dan pengiring Kancil membantu Kancil untuk bangun. Alahai Kancil, comel sangat bergolek atas pentas tu. Kedengaran suara Paknil mengatakan yang Kancil nak cover jatuh tergolek pada minggu lepas.
Ketawa semua penonton di auditorium melihat telatah Kancil ini. Ramai juga meneka Kancil ini adalah Danial Zaini kerana selalu membuat jenaka. Tidak kurang juga yang meneka Kancil adalah Atu Zero kerana kelincahannya itu. Mesti ramai tak sabar nak tahu siapakan yang disebalik moskot Kancil ini.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@artiqair Sejak jatuh minggu lepas asyik nak melekat kat lantai je Sang Kancil #themaskedsinger #themaskedsingermalaysia #foryoupage #foryou #sangkancil
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan :
” Aku rasa dia ni danial zaini laaa , vibe pelawak tu adaa. pastu suara dia kan pandai tukar-tukar.. ”
” Cara dia niii nk mcm Atu Zero pon ada.. aktif semacam je tak reti duduk diam atas pentas mana lah tak terjelepuk jatuh atas lantai lagi. haha.. ”
” Tak joey daud, danial zaini.. tapi tengok badan chubby confirm danial ni.. Joey suka buat gitu, kancl ni.. ”
” Aku nak tau siapa dalam maskot ni.. Perangai dia ya Allah comel betul. mgu lepas nak terjatuh, minggu ni bergolek hindustan terus eh atas lantai haha.. ”
” Part siuuuu tu sumpahhh comelllll giler haha.. Kiut la sang kancil nie.. dengan perangai ya. xsabar nak tau siapa dlm tue .. ”
” Aku paling excited nak tengok kancil nyanyi.. dari awal sampai abis, melawak jer.. lawak lah siap bergolek atas lantai haha.. ”
” Sang kancil ni mg suka bt hal kan.. Geram plak ngn dia ni.. dlm ramai2 yg ni mmg jenis x behave…. penat handle time dia airtime.. ”
Alahai kancil, jatuh secara sengaja ke tak sengaja tu. Saban minggu memang nak melekat je muka tu dengan lantai eh, hehe. Apa-apa pun, semoga Kancil berjaya ke pusingan akhir dan segalanya dipermudahkan untuk Kancil. Terima kasih Kancil kerana menghiburkan penonton semua.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Artiqair, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Banyak kali saya menangis hari ni. Terharu tengok keluarga YB menerima Bella seadanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Takkan lah friendzone macam tu, banyak hint dah bagi.. ” – Didi Astillah