Artis / Selebriti
” Serius dari awal macam tak sangka Zain ni sematang ni. Hebat jawapan Zain.. ” – Netizen

Video Zain Saidin Menjawab Mengapa Tidak Suka Rozita Che Wan ‘Cucuk’ Muka Raih Pujian Warganet. Tak Sangka Betul Jawapan Zain Macam Ni. Salute Lah Suami Che Ta Ni, Terbaik !!
Menerusi perkongsian Instagram Majalah Nona, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suami kepada pelakon cantik dan jelita Rozita Che Wan, Zain Saidin menjawab pertanyaan wartawan mengenai isteri kesayangannya itu.
Ditanyakan benarkan Zain tidak suka Che Ta ‘buat muka’, Zain mengesahkan kenyataan tersebut. Kata Zain, dia lebih suka kecantikan natural dan bukan yang diubah-ubah dengan cucuk-cucuk. Pada Zain, semua orang akan tua dan berubah fizikalnya.
Menyayangi Che Ta bukan kerana rupa, Zain juga mengingatkan Che Ta jika mahu dirinya disayangi, perlu elakkan daripada membuat perkara yang dilarang agama. Impian Zain bukan hanya sekadar hidup bersama di dunia tetapi juga di akhirat sana.
Jawapan Zain ini membuatkan ramai yang kagum. Siapa sangka, Zain akan sematang ini. Umum mengetahui, jarak umur Zain dan Che Ta agak jauh tetapi Zain bijak dalam mendidik isteri agar seimbang dunia dan akhirat. Untung lah Che Ta ada suami macam ni.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bagusnyer Zain berfikiran sangat matang dsn beruntungnyer Che Ta. Mcm ni la laki berkualiti ye adik2 sekalian.. Jawapan tu luar kotak dan tak kita jangka.. ”
” Masyallah respond yg sgt sgt positive & membina, bila berkata sebegini ia akan menambah kan confident si isteri itu untuk memilih to stay natural dan paling penting si suami sentiasa terima apa jua keadaan si isteri dari semasa ke semasa.. terpaling love bila si suami ambil kira dosa pahala sang isteri apabila berbuat perkara yg Allah larang.. ”
” Kalau dapat muda 11 tahun tapi matang n sayang mcm ni pun tak kisah la pasangan muda. Beruntung masing2 alhamdulillahhhh.. Terbaik la zain…nie baru betul2 gentleman dan seorg suami yg terbaik.. ”
” Serius dr awal mcm x sangka zain ni sematang ni. Terbaik la zain… Mmg hebat jawapan tu.. Nanti takut x jumpa di syurga kalau buat benda haram.. ”
” Bagus Inilah suami yg baik. In sha Allah. Bagusnya zain nih.. wpun ada darah mix, tapi dia lebih pentingkan yg natural.. selalu tgk video dia ajar aishah pun semua berdikari.. ”
” Bagus nye zain, muka mat salleh habis, tp ttp islamic.. Betul tu Zain.. tak cantik pun cucuk² ni dah macam kena sengat tebuan je aku tengok Ita’s fake not original okay.. ”
” bagusnya zain didik isteri… Allah so sweet of him, prefer natural than. Ikut hukum islam pulak, alhamdullilah, may you both kekal till jaanah.. semoga hubungan cheta dan zain kekal hingga syurga.. ”
Bagus betul pemikiran suami seperti Zain ini, baru lah isteri rasa lebih confident dengan diri sendiri. Yang penting, semoden mana pun Zain tetap ingat hukum mana yang halal mana yang haram. Semoga kasih sayang Zain untuk Che Ta berkekalan sampai ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Nona, IG Zain Saidin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedihnya, apa perasaan ex husband Erma dengar macam tu ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen