Artis / Selebriti
” Tahun depan jangan request nak Shafiq Kyle ka Fatah Amin ka, pengsan Mak Ngah nak pi caqi depa.. ” – Che Ta
Video Che Ta Memenuhi Permintaan Anak Saudaranya, Muhammad Untuk Bertemu Mierul Aiman Raih Perhatian Warganet. Wah Guna Kabel Besar Ni, Untung Lah Dik Ada Mak Ngah Diva. Bukan Setakat Jumpa, Dapat Peluk Mierul Lagi !!
Meninjau entry di akaun Tiktok Rozita Che Wan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Che Ta memenuhi permintaan salah seorang anak saudaranya bernama Muhammad. Bersempena hari lahir Muhammad, si kecil ini meminta untuk bertemu dengan pelakon kacak, Mierul Aiman.
Demi untuk tidak menghampakan Muhammad, Che Ta membawa Muhammad seawal pagi ke set penggambaran Mierul. Wajah Muhammad kelihatan begitu teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan idola pujaan hatinya itu. Sejurus tiba di set, mereka menanti kelibat Mierul.
Ketika Mierul sampai, pelakon ini menunjukkan sikapnya yang ramah dan tidak sombong. Mierul terus menyapa Muhammad dan meminta Muhammad untuk memeluk dirinya. Penyayang sungguh Mierul dan tidak kekok melayan peminat kecil.
Mierul berbual sebentar dengan Muhammad dan memberikan ucapan hari lahir dan kata-kata nasihat untuk si kecil ini. Gembira sungguh Muhammad dapat bertemu Mierul. Tidak hanya Mierul, Muhammad juga berkesempatan bertemu Nadhir Nasar.
Jom tonton video di bawah :
@rozitachewan1 Demi birthday anak sedaqa kami, pagi2 kami dh sampai kat set shuting @Mierul @Mas Fadh . Bila Mierul ckp “peluk la abg”Ramai yg dok dm kami depa pun nak jadi Muhammad😝🤪 Ayooooooo🤣 . Happy Birthday Muhammad Al Fateh , mak ngah love mat so much 🥰. . Happy Birthday Mat 🎉 taun depan jgn request nk shafiq kyle ka Fatah Amin ka , pengsan mak ngah nk p caqi depa🤣. . Anyway , thank you so so so much Mierul & Fadhli , sgt2 sporting , 🙏🙏🙏🙏 . #cheta #rcw #rozitachewan
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kelas kau muhammad. Akak tengok hang dari baby now pandai dah nak jumpa mierul aiman. untung la hg muhammad oii… makngah hg diva, semua org kenal… tahun depan hg request kt makngah nak jumpa zain saidin pulak haha.. “
” “Peluklah abg” eemmmmmm ye Muhammad.. ye.. Muhammad dapattt.. kalau nma mak ngah ni dia punya aura sayang anak buah tu .. the best of mak ngah in the world laa.. “
” Guna kabel besar ni Muhammad.. Ala behavenya Fateh.. jangan peluk abg mierul lama lama bagi akak pulak.. “
” Senang reja guna cable mak menakan request ja nk jumpa sapa Pon hihi.. makngah mmg best aunty ever la.. “
” Not gonna lie. makngah always jadi fav anak fruits. Untung lah ko dik request je dpt jmpa.. nak jumpa mierul je, sekli pakej dapat jumpa alang ngn nadhir beb.. “
” Muka cam anak che ta amar.. untung dpt pelok mierul.. muka cam anak Che Ta.. handsome.. kami pon nk jadi gak lah anak nakan cekta.. “
” Kecik kecik dah handsome.. untung ler ada mak ngah, guna kebal besar ko dik haha.. sopan betul muhammad ni.. “
Untung Muhammad ada Mak Ngah yang terkenal seperti Che Ta. Sebut sahaja artis mana yang dikehendaki, pantas Mak Ngah membuat plan untuk berjumpa. Apa-apa pun, selamat hari lahir Muhammad dan semoga Muhammad menjadi anak yang soleh serta berjaya dunia dan akhirat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rozita Che Wan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Siap beriba dengan Tengku Ahmad, first time tengok ni. Tengku Ahmad sekali kena siram.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya dah mula sayang dengan Kilauan Emas, tup tup masa saya dah habis.. ” – Roy Azman
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Apasal aku nangis dengar nasihat Fattah tu. Allah uji dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kenapa pulak air mata aku yang bergenang ek. Part last tu rasa sebak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Laju Fattah lari, nak putus nafas dah kawan tu kejar. Nabil main tipu pun kalah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Really amazing performance. Meremang bulu roma dengar suara Shila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago
” Sayang Fatima, bila kau membesar, aku pasti kau tidak akan menyalahkan sesiapa.. ” – Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia rindu Fatima sangat tu. Sedih tengok Fattah.. ” – Komen Netizen