Artis / Selebriti
” Bagus Erra, dia jawab suami Lisa Surihani. Ada hati yang perlu dijaga.. ” – Netizen
Video Ketika Erra Fazira Meneka Si Musang Adalah Datuk Yusry Abdul Halim Buat Ramai Kagum. Dato’ Aznil Mengusik Bila Erra Panggil Si Musang ‘ Abang ‘. Profesional Sangat Erra, Hormat Isteri Yusry Sekarang. Memang Salute Lah !!
Semalam telah berakhirnya perjuangan Musang dalam The Masked Singer Malaysia. Minggu demi minggu, Musang memberikan persembahan yang terbaik dan menjadi antara peserta favourite penonton di rumah dan juga para juri.
Sebagaimana yang diketahui, Musang adalah Datuk Yusry Abd Halim. Salah seorang juri iaitu Erra Fazira sudah mengecam sejak awal lagi yang Musang adalah Yusry. Teryata tekaan Erra sangat tepat ketika topeng Musang dibuka semalam
Meninjau akaun Tiktok Anistaqwa, telah dikongsikan video yang memaparkan Erra cuba memerangkap Musang dengan satu pertanyaan untuk menguatkan lagi tekaannya itu. Dapat didengar Erra menggelarkan Musang sebagai ‘ Abang ‘ dan itu adalah panggilannya kepada Yusry dulu.

Riuh dengan gelak ketawa apabila Dato’ Aznil mengusik Erra kerana katanya ramai sangat ‘abang’ Erra. Yang membuatkan warganet senang dengan Erra apabila Erra dengan santainya menyebut Musang itu suami kepada Lisa Surihani.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@anistaqwa Cantiknya lahai primadona Erra ni..Komen terakhir dari #errafazira untuk #Musang #themaskedsinger #yusry
Lebih 2000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Bagus Erra dia jawab suami Lisa Surihani.. Ada hati yang perlu dijaga.. Yusri xbuat cmtu pun erra ni common sense dia mmg tinggi.. Dia pandai hormat org.. ”
” Kak era baik g1la walaupun bnyk ujian dia hmm. tapi dia tetap positif dengan semua orang.. salute betul lah.. ”
” Bagus erra mention dulu -suami kepada lisa surihani.. Seronok tengok Erra mengusik Yusry.. bukan setakat cantik rupa, tapi adab pun cantik secantik wajahnya.. ”
” Professional habis si erra ni.. siap sebut “suami Lisa Surihani” lagi.. tak sia-sia aku minat dia dr aku kecik.. ”
” Dulu-dulu kan depa ber abg adik gituu masa bercinta… lps tu kawin.. lps tu cerai dan jd kwn baik…. opkoss dia kenal.. ”
” Dulu erra-yusri guna panggilan abang-adik.. Lawa betul erra ni.. seiring dgn budi pekerti n tutur bicaranya yg sopan.. ”
” Sebab tu sy suka kak Erra.. very2 profesional.. Erra ni bagus, sporting sgt n melupakan kisah lalu. Satu2 nya artis yg dh berpisah tapi masih bersahabat baik dgn ex.. x kisah lah ex huby atau ex bf.. x sia2 ak minat kt erra ni.. ”

Erra sangat profesional sehingga membuatkan ramai yang salute padanya. Dalam bergurau, Erra masih beradab dan menghormati hati Lisa Surihani. Memang seiring berwajah cantik dan tinggi adabnya primadona kita ni. Tahniah Erra, teruskan dengan sikap baik sebegini sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Anistaqwa, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti8 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen



