Artis / Selebriti
” Masa dia salam tu alahai comelnya, siap tunduk lagi.. ” – Netizen
Video Anak Ardell Aryana, Arwa Malaikha Urwa Yang Teruja Pada Hari Pertama Ke Sekolah Raih Perhatian Ramai. Comel Betul Urwa Dengan Jubahnya. Penuh Dengan Adab Sopan Santun !!
Meninjau ke akaun Instagram Arwa Malaikha Urwa, perkongsian sebuah video yang memaparkan Urwa yang begitu teruja di hari pertama persekolahannya telah meraih perhatian ramai. Urwa tidak menangis langsung dan sangat mudah mesra.
Urwa merupakan cahaya mata sulung pasangan selebriti, Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa. Urwa bakal menginjak ke usia 4 tahun pada tahun ini dan sangat comel mengenakan sepasang judah dan bertudung. Alahai, sopan sangat anak dara Ardell ni.
Ketika sampai di sekolah, Urwa sangat beradab ketika bersalam dengan gurunya. Urwa kemudian dibawa masuk ke kelas dan menuruti sahaja. Kalau macam ini, ibu Urwa tidak akan berasa susah hati untuk men1nggalkan Urwa di sekolah.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 5 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampak seperti ustazah cilik apabila Urwa memakai jubah dan pastinya memudahkan kerja cikgu kerana Urwa tidak banyak ragam.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Urwa yang teruja ke sekolah. Antara komen-komen yang diberikan :
” Ya allah tgk video igtkan excited jmp umi & abi dia rupanya excited nak masuk class … wahhh good gurl la u.. Cantik laa baju dia.. “
” Urwa comel.. semoga membesar jadi anak yang solehah .. Ape nama sekolah urwa.. mcm nice sekolah ni.. Cantik la baju dia. Nak beli kat mana.. “
” Semoga urwa cemerlang dunia dn akhirat.. Aamiin.. so proud of you urwa.. May Allah bless you always.. MashAllah comel solehahnya Urwa Moga berjaya dunia akhirat.. “
” Comelnye urwa…kejap je dh msuk skolah… Little unais seri kembangan ke ni? Comelnya… Semuga urwa jadi anak yg solehah berjaya dunia akhirat.. “
” Dah besar urwa comelnya.. Bagusnya dia.. TK nangis lgsung walau first day.. comey ye mualimah kecik.. Alahai comel bibir merah.. “
” Allah, comelnya urwa…Kening tu ke main mcm kening model. Semoga Urwa membesar jd anak solehah, membahagiakan & cemerlang dunia akhirat.. “
” Semangat sekolah nya yaaaa urwaaaaaa.. Masa dia salam tu alahai comelnyaaa siap tunduk lg.. Baju pun cantik. Sib bek tkde anak pompuan.. “
Alahai, cepat betul masa berlalu. Urwa sudah mula bersekolah sekarang. Semoga Arwa Malaikha urwa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta berjaya. Belajar rajin-rajin tau Urwa supaya menjadi orang yang berguna.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Arwa Malaikha urwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen



