Artis / Selebriti
” Rindu sangat anak dekat umminya tu. AllahuAkbar, menangis tengok.. ” – Komen Netizen
Video Ardell Aryana mengucup anaknya berkali-kali selepas selamat mendarat di tanahair buat warganet tersentuh. Terlerai rindu di hati, sebak sangat tengok..
23 orang wira dan wirawati negara yang menyertai misi Global Sumud Flotilla telah pun selamat kembali ke tanahair Malaysia semalam sekitar jam 10.10 malam. Mereka dibawa pulang menaiki pesawat khas Turkey Airline dan ramai yang menanti ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Antara pejuang GSF ini, nama Ardell Aryana antara yang menjadi sebutan dan ramai ternanti-nantikan untuk melihat keadaan terkini Ardell. Suami Ardell, Nadzmi Adhwa membawa kedua-dua anak mereka, Arwa Malaikha Urwa dan Arwa Uthman Affan menyambut kepulangan Ardell.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Oh Bulan dan Sinar FM, telah dikongsikan satu rakaman video yang memaparkan moment ketika Ardell bertemu Adhwa dan anak-anak. Senyuman terukir di wajah mereka kerana akhirnya dapat kembali bersua dan yang penting Ardell selamat kembali.

Kelihatan juga Uthman yang didukung oleh Ardell memegang wajah umminya itu. Ardell pula berkali-kali mengucup wajah Uthman. Kerinduan seorang ibu dan anak akhirnya terlerai dan ianya mengundang sebak di kalangan warganet yang menonton video tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 17 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sedihnya dalam keadaan dia menahan sakit. Nmpk ardell dlm kesakitan . Terima kasih berjuang utk saudara kita di sana Ardell.. “
” Anak ardel seakan faham keadaan mama dye tgh sedih. walau menahan sakit tp bab ank ni hilang semua sakit .. itulah ibu .. semoga ardel kuat.. “
” Pandangan Ilyia tu mewakili kita semua.. Percayalah… saat ini terasa melayang segala beban luass rasa Dunia hilang sgl rasa sakit penat lelah… Terima kasih Allah jadikan anaknya sbgi pengubat kelelahan Ardell.. semoga Ardell dikurniakan kesembuhan segera.. “
” Sebagai ibu, sedih sangat moment kebersamaan Ardell dan anaknya ni. finally in her arms kiddo.. Moga cepat sembuh dan kembali beraksi.. “
” Banyak banyak video, yang ni aku paling teriak tengok.. sebak tengok anak dia cium-cium pipi Ardell.. Allahuakbar, apa pun syukur Alhamdulillah selamat sampai semuanya.. “
” Rindu sangat anak dekat umminya tu.. AllahuAkbar, aku pulak yang menangis tengok.. Berulang kali tgk video nie. Hati seorang ibu. Paham sangat rasa rindu tu.. “
” Ya Allah ya Tuhan ku sedih nya tengok Anak Ardell cium uminya.. sebak dada ni.. tak terkata rindunya anak pada Ardell.. “
Tiada kata yang dapat diungkap untuk menunjukkan kerinduan mereka, hanya air mata kegembiraan kerana akhirnya semua selamat kembali ke pangkuan keluarga. Semoga Ardell cepat sembuh dan dapat berehat secukupnya. Dengan keberadaan suami, anak-anak dan ahli keluarga tersayang, pasti Ardell akan kembali sihat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim


