Artis / Selebriti
” Berapa kali nak nangis ni, Allahuakbar sedihnya. Adhwa tutup sedihnya dengan ketawa.. ” – Komen Netizen
Video Nadzmi Adhwa tidak dapat menahan sebak ketika live bersama isterinya, Ardell Aryana buat ramai sebak. Sedih tengok Adhwa terpaksa ketawa dalam tangisan ketika bercakap dengan Ardell. Part pesanan Ardell paling sedih..
Sebagaimana yang semua sedia maklum, Ardell Aryana yang mengikuti Global Sumud Flotilla sudahpun melepasi zon kuning dan botnya kini sedang menuju ke zon merah. Hanya berbaki 1 hari lebih sahaja lagi Ardell dan delegasi dari seluruh negara akan sampai ke tempat tujuan mereka seandainya tiada halangan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok TkahAmarr, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live terbaru Adhwa bersama Ardell semalam. Ketika Adhwa sedang menjual produk keluaran mereka, Ardell juga sedang membuat live dan mereka berhubung di talian.
Sebak melihat Adhwa yang terpaksa menyorokkan kesedihannya. Adhwa menangis tetapi sengaja membuat seperti ketawa kerana tidak mahu Ardell mengetahui yang dirinya sedang sedih. Hati suami mana yang tidak risaukan keselamatan isterinya yang jauh beribu batu dan sedang berdepan dengan situasi yang tidak terjangka.

Adhwa tetap memberikan semangat dan mengatakan Ardell pasti sampai ke sana. Part Ardell menyuruh Adhwa menjaga diri, terus menitik air mata Adhwa. Merah telinga dan mata Adhwa dan ianya meruntun hati warganet yang menonton video live ini.
Jom tonton video di bawah :
@tkahamarr Sebak sampai sini😭#ardellaryana #nadzmiadhwa
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 77 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kita yg tgk pun nangis … perasaan hubby dia lagi lah kan.. Allah tolong lah peliharakan mereka semua.. aminn yra.. kalo ingat blk kisah dorg sblm kawin, lama nadzimadhwa tggu ardell terima dia.. “
” Muka dia tu dengan mata merah , dia takmau tunjuk dia sedih depan ardell.. Ketawa dalam tangisan.. saling memberi semangat tp rindu dan risau bersatu .. kuatnya hati mereka.. “
” Redhonya seorang suami.. ikhlasnya melepaskan isteri pergi walaupun tahu risiko yang besar ada di hadapan., aku yang banjir menangis tengok Adhwa nangis.. “
” Antara airmata yg paling mahal dari seorang lelaki…. redha dengan pemergian isteri demi saudara seislam.. “
” Redha seorang suami sangat penting.. tak semua suami mampu lepaskan orang yg tersayang terutama isteri utk berjuang sekental Ini.. kedua2nya sanggup berkorban.. luar biasa.. “
” Berapa kali nak nangis ni.. Allahuakbar sedih.. semoga Ardell sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt.. selamat pulang kembali ke pangkuan keluarga tercinta.. Aamin.. “
” Adhwa ketawa tapi sebenarnya dia cover tangisan dia. Allah sedihnye… dia tutup sedihnye dgn ketawa.. Allah kuat nye awk berdua.. juga Ardell n kwn2 dan lindungi suami.. isteri n ank2 yg die tinggalkn.. aamiin.. “

Siapa yang tidak menangis melihat Adhwa terpaksa menahan tangisannya supaya Ardell tidak sedih. Semangat yang Adhwa titipkan untuk Ardell dan redhanya sebagai seorang suami pasti akan membawa kejayaan untuk Ardell. Sama-sama kita mendoakan keselamatan Ardell dan delegasi lain dan misi ini akan berjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok tkahamarr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim


