Artis / Selebriti
” Wow YB punya pickup line. Hari tu jodoh awak, semalam soulmate pulak. Dua-dua power bagi pickup line.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah dan YB Syed Saddiq saling berbalas pickup line ketika live Dr Cardin buat ramai terhibur. Wah, bukan main lagi pickup line masing-masing. Dah macam luahan perasaan cinta je ni, so sweet..
Pasangan sensasi, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq kembali bersiaran langsung bersama untuk produk Dr Cardin. Sempena pelancaran koleksi kasut Dr Cardin, kehadiran Bella dan YB Saddiq memeriahkan suasana dan banyak membantu jualan produk ini semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Team Bass Official, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika live semalam. Seperti biasa, pasangan ini akan diminta untuk memberikan pickup line antara satu sama lain.
YB Saddiq bukan lagi YB Saddiq yang dahulu, ini kerana beliau sudah pandai berjenaka dan membuat pickup line yang power. YB Saddiq bertanyakan kepada Bella, tapak kasut dalam bahasa Inggeris apa. Berpandukan jawapan Bella, YB Saddiq mencipta satu pickup line yang membuatkan semua bersorak mendengarnya.

Giliran Bella memberikan pickup line juga riuh rendah jadinya. Spontan sungguh ayat Bella sehinggakan YB Saddiq sendiri teruja mendengarnya. Ada maksud di sebalik pickup line Bella dan YB Saddiq ini. Maklumlah orang sedang hangat bercinta dan menyulam kasih.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bella biasanya x direct sangat kat umum. sekali Bella bagi power punya.. mcm tak percaya YB siap suruh ulang lagi.. “
” YBSS juz couldn’t get over the pickup line… mata tak lepas2 pandang Bella,in amazement … dia lupa dia live tgh promote Dr. Cardin tu.. “
” Wow sudikah awak menjadi milik saya selama nya. Siap suruh ulg balik takut org x dgr. Power lah bella. Suka tu yb.. “
” Dia terpesona sampai minta ulang, bella pulak dia yg bagi dia yg blushing.. Dgn ini saya mengesahkan YB syedsaddiq akan repeat dengar pickup line Yayang Bella.. “
” Wowww YB pickup line.. Hari tu jodoh awak.. Semalam soulMate pulak.. Hebat lah Bass, dua-dua power bagi pickup line.. “
” Kalau kita demam.. kita pakai cool fever.. can u be my forever.. Confirm jantung yb berdebar-debar.. yb kena jawab yess lah.. so sweet.. “
” Sweet sangat.. ayat Bella tu mcm angin senja tenang tapi meninggalkan getar dalam hati. yb pun jujur betul tu depan semua.. takde selindung dh.. soulmate be my forever, ahhh angau teruk aku ni.. “
Apabila merpati dua sejoli ini ber pickup line, boleh tersengih lebar semua peminat BASS. Dua-dua memberikan pickup line yang padu, seakan-akan menggambarkan perasaan mereka sekarang. Semoga ‘soulmate’ dan ‘be mine forever’ itu akan cepat terlaksana kerana ramai yang sudah tidak sabar menanti BASS ke jinjang pelamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Teambassofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen

