Artis / Selebriti
” Tanpa mic dan muzik lagi sedap suara Hadie ini. Goosebumps dengar.. ” – Komen Netizen
Video Hadie dan Marsya praktis menyanyi ketika sedang bersiap untuk persembahan battle raih perhatian ramai. Fuh meremang dengar suara Hadie menyanyi tanpa muzik, sedap sangat..
Sehingga ke hari ini, warganet masih lagi memperkatakan mengenai persembahan Hadie Elfardie dan Marsya di pentas Final Talk To My Manager. Paduan suara mereka berdua terlalu mengasyikkan dan mereka melengkapi antara satu sama lain.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hadie FC dan Dapur Tequna, telah dikongsikan beberapa buah video yang terjadi di belakang pentas ketika Hadie sedang bersiap untuk persembahan duet. Walaupun tengah bersiap, Hadie tetap menyanyi dengan baik.
Marsya juga hebat, sambil duduk boleh tarik suara semudah itu. Bak komen warganet, suara Hadie menyanyi tanpa microphone lagi kedengaran sedap. Tidak salah percaturan pihak Astro menggandingkan Hadie dan Marsya kerana kedua-duanya mempunyai vokal yang hebat.

Turut dipaparkan video suntingan suara Hadie dan Marsya menyanyi tanpa muzik. Ramai yang memuji Hadie kerana tidak langsung kedengaran Hadie menarik nafas sepanjang nyanyian tersebut. Smooth dan tenang sahaja suara Hadie kerana itu penghayatan dan rasa sampai ke hati penonton.
Jom tonton video di bawah :
@hadiefc Dalam sibuk menukar pakaian untuk persembahan kedua bersama @marsyaqistinaaa kami sempat praktis buat kali terakhir sebelum lagu ini dipersembahkan. Tengoklah Marsya Q, tarik sambil duduk je gaissss… Hadie memang kagum dengan vokal beliau. Harap ada lagi jv antara kita di masa akan datang. #talktomymanagermy #inanaimxhadie #hadie #inanaim #opick @inasuhaimi78 @_ehmadhadie @lizahanim79
@hadiefc Replying to @qierana3 permintaan anda dikabulkan! BTS – Tukar baju untuk persembahan kedua sambil praktis dengan the one and only @marsyaqistinaaa Jangan lupa tengok video pertama gais. Ada scene Marsya tarik high note sambil duduk je… Memang tak rileks la dia. Power! #opick #inanaim #hadie inanaimxhadie #talktomymanagermy @INA SUHAIMI @ADI? @lizahanim79
@dapoqtequnahq Yang dinanti-nantikan 🤭 done bedah siasat suara pasangan duet dengan lagu Dealova dan Rapuh kali ni @ADI? berduet dengan @marsyaqistinaaa macam mana ye korang? masing2 suara power tak? Apa2 pun tahniah korang berdua mara ke GRAND FINALE @Talk To My Manager 🥳 #fyp tiktokmalaysia🇲🇾 #inanaimxhadie #talktomymanagermy #marsyaxhadie
♬ original sound – Dapoq Tequna by Laff Pieydot🐊 – Dapoq Tequna by Laff Pieydot🐊
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sebutan hadie jelas tanpa kedengaran bunyi ambil nafas. hadie tarik nafas,npk tenang dan bersahaja dia bawa lagu ni dg baik, sedap didengar.. “
” Lagu rapuh nie memang menonjol vocal hadi pon sedap la. suara Hadie dah matang.. hadie x ada penafasan bunyi.. nafas tu umpama panjang sangat.. “
” Merinding dengar suara hadie. sedap dan rasa tenang je. tak serabut.tak banyak tarik nafas.. bagus.. boleh maju kedepan budak ni.. “
” Kalau x de muzik pun dah wow, wow, apatah lagi dgn ada iringan muzik. Dengar mcmni pun dh meremang. Boleh dh tu buat lagu.. “
” Tanpa mic lagi sedap suara Hadie ini. goosebumps dengar.. suara Hadie suara jantan, mmg sedap.. azan mesti mendayu-dayu ni.. “
” Hasil tak mengkhianati usaha.. Sungguh merdu sangat suara Hadie. Banyak perubahan persembahannya dari awal hingga ke Final. Mudh2an Hadie berjaya buat persembahan yg terbaik bersama kumpul nasyid Inteam.. “
” Meremang bila hadie bwk lagu opik… sedap suaranya.. gabungan suara yang saling melengkapi.. macam husky sikit sore hadie.. Tak jemu dengar suara emas ni.. “
Suara Hadie begitu gemersik dan ada sesuatu yang mampu membuatkan orang terpesona mendengarnya. Teknik kawalan pernafasan Hadie juga sangat baik. Semoga ada kejayaan untuk Hadie dan Marsya di pentas Grand Finale nanti. Lakukan yang terbaik dan buktikan Hadie ada bakat yang besar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hadie FC, Tiktok Dapoq Tequna
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen

