Artis / Selebriti
” Saya tak ada kawan perempuan, dan saya pula jenis.. ” – Hadie
Video Hadie berkongsi cerita mengenai kelebihan Oddah dan apa menariknya Oddah di matanya. Wah betul-betul special ni. Jawapan Hadie tu, ehem ehem..
Umum mengetahui bahawa Oddah dan Hadie memang berkawan rapat sejak mereka sama-sama menyertai program Talk To My Manager. Keserasian mereka jelas terlihat melalui hubungan persahabatan yang begitu akrab. Tidak hairanlah setiap kali mereka muncul bersama, pasti mencuri perhatian ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik myaudioplus, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan temubual bersama Hadie dalam sebuah rancangan. Menerusi video tersebut, wartawan ada bertanya kepada Hadie bagaimana Hadie boleh berkawan rapat dengan Oddah.
Akui Hadie, sejak dahulu dia tidak pernah mempunyai kawan perempuan walaupun arwah bapanya, Suhaimi Saad, tidak pernah menghalangnya untuk berkawan dengan sesiapa asalkan menjaga batas. Namun menurut Hadie, kehadiran Oddah sedikit berbeza dan memberi rasa yang lain.

Jelas Hadie, perwatakan Oddah yang ramah dan mudah berbual membuatkannya berasa selesa berkawan dengan gadis itu. Malah, Hadie turut mengakui bahawa Oddah merupakan seseorang yang cukup ‘special’ bagi dirinya. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet yang rata-ratanya teruja melihat keakraban mereka berdua.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Odah ni happy go lucky tu sbb hadie selesa berkawan.. Berkawan tidak ada salah pun, janji masing-masing jaga batas masing-masing.. “
” Maksud kata odah ni straight forward, boleh sembang sbb dia ringan mulut, jenis takda nak control2 ayu semua.. “
” Patut la dia awal2 pkai spec hitam nk cover blushing rupanya, hahahaa.. Its ok Hadie, ada jodoh, ada lah kan.. Sekarnag fokus kerjaya dlu.. “
” Odda kwan perempuan pertama hadie… Special girl.. Wahh dengar pun kita sekali jadi blushing awak, hahahaa.. “
” SPECIAL IN EYES OF BELONGING. INI SAYA HARGAI. JODOH RAHSIA ALLAH.. Suka dengar apa yang Hadie kongsikan ni.. “
” Jawapan Selamat Hadie ye….. Insyallah yg baik2 buat Hadie di masa yg tepat.. Yang pasti kita doakan yang baik2.. “
” Nasib baik laa si budak hadie ni jawap matured and bukan utk controversy.. Suka betul dengan budak Hadie ni, matang betul dan cerdik.. “
Ramai yang tertarik dengan hubungan rapat dan chemistry antara Hadie dan Oddah. Ada juga yang berharap agar persahabatan itu terus kekal dan menjadi sumber semangat buat kedua-duanya dalam mengejar impian masing-masing.

Silakan SHARE..
Sumber : IG myaudioplus, auddrazx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Oii banyak kak, ngeri. Saya pernah reached paling tinggi saya rasa.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah

