Artis / Selebriti
” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen
Video Ezwan Zain menyanyi secara live lagu khas yang diciptanya untuk Erra Fazira buat ramai terhibur. Alahai comel je Erra ‘gertak’ Mr E tu. Kuat menyakat betul, haha..
Pasangan pengantin popular, Erra Fazira dan Ezwan Zain telahpun dijemput ke konti Sinar FM semalam sebagai tetamu jemputan. Kedatangan Erra dan Ezwan disambut meriah oleh Sharifah Shahirah, Hefny dan Falyq. Riuh rendah konti dengan gelak ketawa mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar FM, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan suasana ketika temubual bersama pasangan ini baru dimulai. Erra sememangnya rapat dengan Hefny dan Falyq kerana mereka sudah beberapa kali menjadi rakan sekerja sebelum ini.
Lagu Selamat Pengantin Baru menjadi pembukaan untuk sesi ini dan Falyq juga cuba menyanyikan lagu yang Ezwan ciptakan khas untuk Erra ketika di majlis resepsi baru-baru ini. Hefny mengatakan suara Ezwan lagi sedap berbanding suara Falyq.

Ezwan yang sporting menurut sahaja permintaan Hefny supaya menyanyikan lagu itu secara live. Baru sedikit lirik Ezwan menyanyi, Erra sudah mula menyakat Ezwan. Sweet sungguh cara Erra dan Ezwan bergurau. Sama-sama kuat menyakat dan masuk air, memang serasi bersama.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tengok la podcast mereka.. kau aku bila bergurau haha.. tapi bestla Erra dengan Ezwan ni. bagus diorg ni.. diorg x tjuk sweet dpn org.. sempoi diorg.. “
” Ape pn dia org nie MMG sgt manis.. loveee.. pasangan paling comel.. happening je dorang ni. letak la tajuk lagu ‘ Cinta Double EE’.. sedap jugak suara mr e ni, romantik gitu..”
” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya.. Mr E ni unpredictable… tp fun.. Diorg mmg xcover ye.. Bhse sempoi2.. Mcm kwn2.. “
” Adehh berseri² & happy je erra. pastu kt pun dok melekat tengok podcast dorang, sesuai, dua-dua kelakar.. “
” Acam ni baru seronok nampak sejati sejiwa boleh bawa bergurau senda.. MMG best pasangan yg kepala x terlalu serius memanjang… moga bahagia Erra dan mr E.. “
” Erra nampak bahagia sangat.. Pengantin baru kan tapi nampak rilex mcm dah kawin seploh tahun woo… Dia punya serasi bahagia terasa2 sampai kat sini.. “
” She found her soulmate. Alhamdulillah…. Happy for you Kak Erra.. jodoh sebenar.. Sangat spotting couple ni. bergurau mcm kawan²… santai giler wakk.. “
Bahagia Erra yang jelas dapat dilihat daripada wajah jelitanya itu. Dikurniakan seorang suami yang memahami dan mendamaikan, ini jodoh yang Allah kirimkan untuk melengkapkan hidup Erra. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan aman damai bahtera perkahwinan yang dibina.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen

