Artis / Selebriti
” Kebetulan Kehidupan pula macam roller coaster.. ” – Erra Fazira
Video Penjelasan Erra Fazira Mengenai Lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara Yang Dikatakan Ada Kaitan Dengan Kisah Hidupnya. Ini Jawapan Daripada Erra Sendiri !!
Meninjau di akaun Instagram milik kool101 telah dikongsikan dua video yang memaparkan primadona Erra Fazira telah dijemput sebagai tetamu jemputan di Pagi On Point Close Up. Menerusi video itu, Erra bersama dua orang penyampainya iaitu Haiza dan Muaz.
Haiza berkata ada menerima satu komen daripada netizen mengatakan lagu nyanyian Erra bertajuk ‘ Yang Terindah Hanyalah Sementara’ ada kaitan dengan kisah kehidupan Erra sendiri dan meminta Erra menjawabnya. Erra menjawab lagu tersebut sebenarnya tidak ada kena mengena langsung tentang kehidupannya, namun secara tidak sengaja ianya hanya kebetulan sahaja.
Akui Erra, lagu yang berkisahkan perjalanan hidupnya adalah lagu bertajuk Pasrah. Lagu itu diolah dan dicipta untuk Erra. Menerusi video lain, Erra bercerita mengenai jodoh. Bagi Erra, dia telah melakukan yang terbaik dalam sebuah percintaan, namun segalanya Allah sudah tetapkan.

Tanya Haiza, jika ada yang mahu mendekati Erra sekarang, adakah Erra akan menerima. Seloroh Erra, bagi yang mahu mendekatinya, mereka perlu pasrah sambil Erra berdekah ketawa. Perkongsian video-video itu sehingga kini menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Part Muaz yang begitu confident menjawab Erra menyanyi lagu Pasrah di tepi tasik, tapi sebenarnya Erra menyanyi di tepi Pantai begitu mencuit hati. Melihat jawapan yang diberikan oleh Erra, jelas kelihatan Erra begitu matang dan berlapang dada dengan perjalanan hidupnya.

Untuk sekadar info, Erra pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Datuk Awie ketika dahulu. Namun ianya tidak sampai ke jinjang pelamin. Erra juga mendirikan rumahtangga bersama Datuk Yusry Abdul Halim dan beberapa tahun selepas itu, mereka berpisah. Erra juga pernah mendirikan rumahtangga bersama Engku Emran, namun jodoh mereka juga tidak panjang. Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan mempunyai seorang cahaya mata perempuan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG kool101my, errafazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Boleh dia jawab ‘thats how conversation works’. Banyak auta anak jantan aku ni.. ” – Noor Nabila
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya ibu tunggal yang bekerja, membesarkan anak dengan mental yang baik. Tolong jangan ganggu saya lagi.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak seperti sangat berani berselindung di sebalik fake account.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen



