Artis / Selebriti
” Kalau macam ni, aku pun boleh jadi gila. Dengan aku terkejut kak oii, haha.. ” – Komen Netizen

Video Azza Elite mengenakan scammer yang ingin menipunya secara dalam talian buat warganet terhibur. Lain macam cara Azza handle scammer ni. Boleh terkejut scammer dengan suara Azza macam tu. Dah macam orang histeria, haha..
Pelbagai cara diguna pakai oleh scammer untuk memerangkap orang ramai. Kebanyakan modul operasi yang mereka jalankan adalah melalui talian dan mengakui yang mereka dari pihak tertentu untuk menjerat mangsa. Dialognya yang digunakan berbaur ugutan dan mangsa akan diberikan tekanan agar mangsa percaya dengan kata-kata mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Azza Elite, telah dikongsikan satu video yang memaparkan cara Azza mengatasi seorang scammer yang menghubunginya. Kata Azza, orang itu memberitahu yang dirinya wakil bagi pihak TNG. Sebagai seorang pelakon yang berbakat, Azza menggunakan bakat lakonannya untuk mengenakan scammer ini.
Kata Azza, scammer ini belum cukup pandai menipu. Jika sebelum ini Azza mengaji ketika scammer sedang bercakap, kali ini Azza menggunakan pendekatan yang lain. Ketika perbualan sedang berlangsung, Azza tidak semena-mena menjerit dan jeritannya itu dilaungkan dengan sepenuh hati.
Panjang sungguh suara jeritan Azza itu seperti orang terkena histeria. Warganet yang menonton video in juga turut sama terkejut mendengar suara Azza itu. Kelakar sungguh Azza tetapi cara ini menarik untuk diikuti oleh orang ramai. Silap scammer itu kerana menelefon pelakon seperti Azza, sekali scammer pula yang kena psycho.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kalau macam ni, aku pun boleh jadi gila haha.. lawok sbb no yang sama penah call kita juga sis. Bagus u jeritkan dia.. “
” Nk buat gini jugak la nanti.. Saya terkejut tau masa awak jerit.. Tapi memang sharp betul, boleh detect penipuan. Tahniah.. “
” Banyak betul tenaga akak jerit.. ada tenaga solar dalam badan haha.. sekarang suara tu dah sama mana kak. Brunei ke, haha.. “
” Haha Ok, Nanti saya nk buat. Harap roh kak Azza masuk dlm badan saya.. saya yang terkejut kak Azza haha.. “
” Ini winnn kak.. sy akan praktis mulai esok.. no scammer, sy akn lantang kan suara y ada.. ni suara dr perut ke cmne kak.. “
” Hahhaha.. Comel akak.. gitu je scammer kena.. Nanti kita nak tiru.. styleee jerit-jerit macam tu.. boleh cubaaa ahahaha.. “
” Ala kakak.. Saya dah pekak telinga lah bila kakak jerit-jerit kuat sangat.. terbahak bahak saya gelak mmg punca betul la kak za ni.. “
” Dengan aku terkezut kak oiiii dengar suara jeritan tiber-tiber.. tapi bagus jugak idea ni bagi dia pon sama histeria dengar suara kite terjerit-jerit haha.. “
Siapa yang tidak terkejut dengan suara jeritan Azza itu. Tentu scammer tersebut juga tidak menyangka Azza akan menjerit sedemikian rupa. Apa-apa pun, semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada semua agar selalu berhati-hati dengan penipuan seperti ini. Boleh ramai-ramai mengikut cara Azza selepas ini, pasti scammer pun akan putus asa, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Azzaelite
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sangat limited nak jumpa yang perangai macam arwah Nurly ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen