Artis / Selebriti
” Azza punya kerja, cari pasal sungguh, haha.. ” – Abby Abadi
Video Azza Elite menyakat Abby Abadi dengan berkongsi video Zul Ariffin buat ramai terhibur. Nakal betul lah Azza, kesian Abby tau, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik pelakon dan penyanyi Abby Abadi, telah dikongsikan video yang memaparkan Abby bersama dengan rakan baiknya iaitu Azza Elite. Menerusi video itu, kelihatan Azza menyakat Abby dengan membuka sebuah video yang memaparkan pelakon Zul Ariffin.
Azza sengaja berkongsi video itu dan berkata Zul kelihatan begitu kacak. Kemudian, Azza menghalakan kamera kepada Abby dan memaparkan reaksi Abby ketika sedang melihat video tersebut. Usik Azza, Abby sedang melihat Zul, namun Abby menafikannya.
Kata Abby, dia tidak dapat melihat siapa gerangan yang berada dalam video tersebut kerana matanya rabun dan dia tidak memakai kaca mata sambil dirinya ketawa. Perkongsian video ini juga turut mengundang tawa warganet yang terhibur dengan cara Azza menyakat Abby.

Usik warganet, menonton video ini terus membuatkan mereka mengimbau kenangan ketika Abby dan Zul ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan istimewa. Tulis warganet lagi, mereka mengenali Zul dahulu gara-gara Abby dan tidak menyangka Zul sekarang bergelar seorang pelakon yang diminati ramai.
Tonton video di bawah ini :
@abbyabadi.exclusive Ini kerja @azzaelite ye sbb sy tak buat kerja2 mcm ni 😖🤭🤣 Sy rabun.. tak nampak pun apa video yg dia buka kat hp dia.. dia suruh Sy berlakon senyum2, Sy ikut je.. rupanyaaaa.. 😷🤭😝 Ko tungguuuuu.. aku balass nanti dgn N… “adakah hidupku satu gurauan”😂 Ps: save flight ye.. baca doa kemana2 pun.. ingat! Jgn bawakkan beg org! Bahaya 😶🌫️👻
♬ original sound – abbyabadi.exclusive – abbyabadi.exclusive
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur setelah menonton video ini. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Eh teringat dulu jumpa abby dgn zul dekat bazaar raya jalan TAR.. Dia pulak lawoooo. Zul ripin tu tak kenal pun dulu tak hensem macam skrg.. “
” Ex Abby semua elok2.. Husband skrg pun elok jugak. Taste dia similar je semua tau.. Dulu tahu Abby couple dengan Zul, kita pun suka.. “
” I kenal dia dari Abby je. Tanpa gossip dgn Abby tak kenal siapa dia.. Now2 sekarang, Zul fuhhh terkenal beb gara2 Abby.. “
” Azza nie.. Saje je bukak sejarah.. Kuat menyakat lah, kesian Abby hahaha. Nakal lah Azza.. Begini lah “member” sebenar kan.. I feel u Abby.. “
” Teringat dulu Abby pernah dtg kt bera… Masa tu zul pn ada teman abby ..Bg sokongan masa Abby main bola jaring.. “
” Hantu betoi… Aku pun dah hbis video baru teringat blik kisah tu.. Adoi lucu lah kak Azza ni .. Berdekah aku tau, haha.. “
” Tapi klu tak sbb Abby rasanya org pun tak knl spe Zul Aripin.. Hehehe tak pe, sesekali mengimbau kenangan, hehe.. “
Kuat menyakat sungguh lah Azza ni, kesian Abby tak tau. Apa-apa pun, video itu hanyalah sekadar hiburan Azza mahu menyakat Abby sahaja. Sekarang, kehidupan Abby sangat bahagia menerusi perkahwinannya bersama Faizal dan mereka mempunyai 3 orang anak angkat yang dibesarkan sejak bayi lagi.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok abbyabadi.exclusive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” When I love your mum, I also need to get your permission.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” If we don’t get to meet you again in this dunya, Insha Allah we will.. ” – Ibu Aliff Aziz
-
Artis / Selebriti7 days ago” Memang tak sangka dalam kotak tu Jihan, sebab suara dia menyanyi lain sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak mama, Marissa Dania datang menolong semalam. Sajalah bagitahu, hihi.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen

