Artis / Selebriti
” Sampai kembang megi tetap tak sampai ke mulut, haha.. ” – Noorkhiriah

Video Noorkhiriah Bertemu Azza Elita Di Sebuah Majlis Ilmu Dan Keluar Makan Bersama Buat Warganet Terhibur. Ad0i Lawak Lah Azza Kek0k Hendak Suap Makanan Gara-Gara Memakai Purdah. Tergelak Khiriah, Azza Pun Banta1 Gelak Sama. Haha !!
Pada perkongsian terdahulu di Instagram pelakon kecil molek, Noorkhiriah telah dimuatnaik satu video Khiriah berpeluang bertemu Ustazah Asma Harun pada sebuah majlis ilmu. Berpel0kan erat kedua-duanya dan perkongsian oleh Khiriah ini mendapat pujian ramai.
Menerusi entry terbaru Khiriah di akaun yang sama, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Khiriah dan Azza Elite. Jarang dapat bertemu, apabila dapat bersama gelak ketawa mewarnai pertemuan mereka ini. Dapat dilihat, Khiriah dan Azza memakai jubah serba hitam lengkap dengan niqab atau purdah.
Selesai majlis ilmu, mereka singgah di sebuah kedai makan untuk menjamu selera. Oleh kerana Azza masih belum biasa berniqab, ianya menjadi sedikit rumit dan kek0k untuk Azza menyuapkan makanan ke mulutnya. Bak kata Khiriah, sampai kembang megi tetap tidak sampai ke mulut makanannya itu.
Tergelak sama Azza apabila Khiriah mengajar cara untuk menyelak purdah untuk makan. Selepas itu, Khiriah menunjukkan cara yang betul bagaimana orang berpurdah makan. Oh begitu rupanya, Khiriah sudah expert, memang laju lah, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kita pulak yg tersengeh sorang-sorang macam kerang busuk tengok video ni haha. nak komen tp xtau nk susunkan ayat macam mana sebab pernah merasai.. ”
” Akhirnya dapat jugak tengok orang berniqab makan macam mana. Selalu segan kita nak tengok tak0t orang tak selesa.. ”
” Masa mula² berpurdah tahun 2015 dulu, sy pun mcm ni. Pastu mesti kena kat purdah. Balik terus basuh. Masa nk makan, org keliling pandang je. Malu sgt. Tu dulu la. Skrg alhamdulillah dah biasa sgt.. ”
” MasyaaAllah tabarakAllah, sahabat sampai syurga tau kakak berdua. senyum sorang2 tau ummiy tengok video ni. ummiy masa mula2 dulu pun camtu juga, kekok. lama-lama ok dah.. ”
” Berulang-ulang saya tengok kak, suka betul tengok akak berdua.. Saya pun pernah alami masa dulu makan haa sudah macam mana ni. alhamdulillah dah 8 tahun istiqamah.. ”
” Sengeh sorang diri tengok video ni.. suka la kita dekat korang berdua.. tu kembang dulu meggi ke kak baru boleh makan hehe.. ”
” Comel la kak azzaelite maggi tak jumpa mulot haha. semoga kak azza dan kak khiriah istiqomah dan dapat berniqab sepenuhnya satu hari nanti.. ”
Kec0h betul bila 2 sahabat ini bertemu. Seronok warganet melihat keakraban Khiriah dan Azza ini. Didoakan semoga Khiriah dan Azza sentiasa dirahmati oleh Allah, berjaya dunia dan akhirat serta diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam menjadi muslimah sejati.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Khiriah17
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Aku 0bses betul, dia speaking sedap dengar. Accent dia, cair weh.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part ni tengok banyak kali pun still berdekah. Berani betul kenakan Ajai, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Contoh seorang wanita yang hebat, ibu yang hebat dan anak-anak yang hebat.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 weeks ago
” Ad0i kelakar jugak Watie ni. Aku ulang-ulang tengok, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Zaman abah, gantung CD dekat leher. Zaman anak, gantung segulung ijazah.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Kita yang baca pun berjurai air mata, ini kan pula Uchee yang menanggung.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” C0py paste Amy Search laa, handsome boy sangat ni.. ” – Netizen