Artis / Selebriti
” Kalau cikgu disiplin macam ni saya tak tak0t, saya terhibur.. ” – Netizen
Video Elly Mazlein Melakonkan Watak Guru Disiplin Buat Ramai Terhibur. Amboi, Kak Lina Siap Nak Caras Kerja Cikgu Azlan Lagi. Tak Pernah Tak Kelakar !!
Siapa tidak kenal dengan selebriti Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan nama Kak Lina P0m P0m. Elly merupakan seorang yang mudah mesra dan gemar membuat lawak. Apa sahaja yang dikongsikan oleh Elly mesti diselitkan unsur humor dan dia mempunyai trademark yang tersendiri.
Baru-baru ini, Elly telah membuat kemunculan istimewa dalam drama bersiri SMK Musim kedua. Elly menyandang watak sebagai seorang guru disiplin bernama Cikgu Aini yang turut menampilkan bakat-bakat muda popular seperti Wafiy Aan, Mia Sara Nasuha, Rykarl Iskandar, Arena Wan, Erissa Puteri dan Fikry Kiki.
Drama SMK Musim ke-2 ini disiarkan pada setiap hari Rabu mulai 7 Oktober jam 9.00 malam di Astro Ceria (CH631) dan Ceria HD (CH611). Drama ini sangat menghiburkan kerana ia memaparkan realiti alam persekolahan sekolah menengah.

Menerusi akaun Instagram, Elly telah memuatnaik satu video yang memaparkan gaya seorang guru disiplin. Video tersebut telah menghiburkan netizen dan juga suami Elly, Cikgu Azlan. Amboi, Elly siap nak caras jawatan si suami sebagai cikgu disiplin ye.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini membuatkan ramai netizen tertawa dan menyatakan mereka tidak tak0t jika mendapat cikgu disiplin sebegini. Antara komen-komen yang mereka berikan :
” Kalau dpt cikgu laguni tak kesah la nak mar4h HAHAHAHAHAHAHA. bibir main peranan. Lain maciamm yg last tu.. “
” Tak berapa nak takut tgk cikgu ni mar4h. Cikgu disiplin paling comel. Tak pernah tak kelakar kepompom. Cikgu Pon cantik .. saya tak de Alasan.. “
” Anak sy suka sgt cerita smk ni… Sy pun suka. Best sgt. tak berani tak siap homework kalau cikgu mcm ni lak lina..hahaha.. “
” Sek rendah laku lg lah wat gitu.. klu smk cg kuo d ajukkan balik je. Amboiihh.. nk lawan Cikgu Azlan.. ehh.. hihii.. Cikgu mar4h muka comel nak tergelak.. “
” Ala cikgu ni.. bgi lah kita org enjoy.. tiberrr rasa mcm budak sekolah pulak.. ok cikgu mona pom pom.. mar4h lg dkt budak2 SMk.. “
” Buku saya kucing saya gig1t cikgu boleh terima tak alasan tu cikgu aini.. hahaha.. gar4ng tapi comel. Cikgu displin msuk air mcm ni , hari2 buat hal.. “
” Saye dh tgk dh SMK kak lina pom pom berlakon dlm citer tu. kalau cikgu discipline macam ni saya tak tak0t. saya terhibuurrrrr ha masuk tibaaaaa hahahahhahaha.. “
” Ni mesti viral neh mesti ada yg ikut.. kat tiktok.. hebat kak lina. Cikgu cikgu. keje sekolah buat kat sekolah. kalau keje rumah buat kat rumah. baru Fair.. “
Alahai, kalau tidak lawak memang tidak sah Kak Lina Pom Pom ni. Kalau dapat cikgu disiplin begini, rasa nak buat salah berkali-kali pula kerana terhibur sangat. Pastinya ramai tidak sabar untuk menonton lakonan Kak Lina pada malam ini. Sama-sama kita saksikan. Confirm lawak habis.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti3 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad

