Connect with us

Artis / Selebriti

” Kadang kita lupa Kepom ni penyanyi. Sekali dia menyanyi ha, boo0mmm. Sedap ooiiii.. – Netizen

Video Elly Mazlein Berduet Menyanyikan Lagu Putus Terpaksa Bersama Nadeera Raih Perhatian Warganet. Sekali Kak Lina Buka Mulut, Meremang Habis Bulu Roma. Sedap Betul, Memang Nombor Syatuuu !!

Nama Elly Mazlein cukup dikenali. Popularitinya selepas memasuki Gegar Vaganza beberapa tahun lalu terus meningkat naik,. Ramai yang tak sangka Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina ini rupanya mempunyai perwatakan kelakar dan ‘masuk air’. Kini, Elly bukan sahaja bergelar pengacara popular bahkan turut menjadi penyampai radio.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Radio Era telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan penyanyi Nadeera datang ke konti radio tersebut pada hari ini menjayakan segmen Carta Era 40. Banyak topik yang diperbualkan oleh Nadeera bersama Elly mengenai perjalanan kerjayanya.

Klik gambar untuk info..

Namun satu video menarik perhatian warganet apabila Elly berduet bersama Nadeera menyanyikan lagu Putus Terpaksa nyanyian asal oleh Ziana Zain. Pada awal video, Nadeera yang memulakan nyanyian dan selepas itu, Elly pula menyambung nyanyian tersebut.

Ramai yang memuji suara Elly masih ‘berbisa’ dan nyanyiannya membuatkan warganet terlupa yang Elly merupakan seorang menyanyi kerana Elly sekarang kurang aktif dalam bidang nyanyian. Sehingga kini, video Elly berduet bersama Nadeera menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video nyanyian Elly dan Nadeera. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :

” Kadang kita lupa Kepom ni penyanyi. Sekali dia menyanyi ha, booommm. Sedap ooiiii suara Kepom.. Terus terubat rindu tau nyanyian Kepom dlu2.. “

” Suara Kak Lina ni memang sedap, saya memang minat dengar dia mnyanyi dulu2.. Lagu2 dia pun semua best2 tau.. Meletop no syatuuu arr.. “

” Satu je orang tak boleh nak jadi Kepom.. Nak menyanyi pun sempat buat kelakar.. Dah lah cantik pandai berlakon kelako eh pakejnya

” Elly ni hurm. Sebab lawak dialah aku asyik lupa dia penyanyi. Tapi skali dia buka mulut nyanyi auto kau lupa dia penyampai radio dia pelawak dia pelakon. Confirm focus dia penyanyi yg suara mantapppp.. “

” Sedapnya suara dua2 berduet.. Padu suara Kak Lina kita.. Lagu pun best sangat.. Plz tiap2 mggu ada karok macm ni lagi, hehe.. “

” Alhamdulillah rezeki mmpunyai suara yg merdu Kak Kepom dan Nadeera, semoga kalian trus brjaya dalam hidup.. Mantappp.. “

” Sedapppnyaaaaaaaa suara Kak Lina pom pom.. Gemersik sangat-sangat.. Nadeera pun apa kurangnya, mantul hbs nyanyiannya.. “

Klik gambar untuk info..

Part Elly tarik tu memang padu habis. Maka tak hairan lah jika ramai yang kagum dan memuji suara Elly merdu didengar. Begitu juga Nadeera, vokalnya juga sangat power. Semoga Elly serta Nadeera terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG era.je, iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT