Artis / Selebriti
” Inilah dia Siti yang skandal bermesej tu, hebat marketing papa.. ” – Komen Netizen
Kongsi video menaiki jet peribadi, persoalan siapa Siti yang dikaitkan dengan Dato’ Aliff Syukri akhirnya terjawab. Aduh gempak betul, bukan biasa-biasa tau marketing Dato’ Aliff ni..
Menerusi sesi live kelmarin, kecoh apabila anak perempuan Dato’ Aliff Syukri naik angin apabila melihat Dato’ Aliff berbalas pesanan dengan seorang wanita bernama Siti. Persoalan siapa Siti turut diajukan oleh warganet kepada Datin Shahida ketika Datin sedang bersiaran langsung keesokan harinya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aliff Syukri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Aliff dan Datin Shahida duduk di dalam sebuah jet peribadi. Ianya sama seperti jet yang Dato’ Aliff tunjukkan menerusi akaun media sosialnya sebelum ini.
Rupa-rupanya itu adalah iklan sebuah kedai emas dan pasangan usahawan ini dipilih sebagai duta. Kedai emas yang dimaksudkan adalah Siti Jewel. Pemilihan Dato’ Aliff dan Datin Shahida adalah tepat dan pengaruh yang pasangan ini ada boleh memberikan impak kepada jualannya.

Datin Shahida kelihatan anggun apabila mengayakan koleksi emas yang mewah sebegitu. Jarang untuk melihat Datin Shahida memakai emas yang besar. Dato’ Aliff juga kemas dan segak dalam busananya dan imej itu bersesuaian dengan pangkat Dato’ Seri yang dimilikinya itu.
Jom tonton video di bawah :
Hampir 20 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Siti? Soalan Cess pada DSAS “Siapa Siti ni Abah???!!”… dah terjawab. Done cover Dato, haha.. teaser rupanta.. pandai betul dato’ susun jalan cerita eh.. “
” Lawak gimik dia, amayan jadi mangsa haha.. Takper hanya iklan pun kami bahagia tengok.. Mantap dato.. Trick marketing menjadi.. “
” Memang mega, memang vibe2 mafia dato berapi.. memang terpelanting.. pilihan duta yang tepat, kita suka.. “
” Abah tak boleh macam ni Abah, haha ayat Cess ye.. Hahahahhaha baru faham haritu psl SITI tu.. Errr geram lah dgn diorg ni. Comel sgt.. “
” Power marketing dia. Siti tu hint la rupanya.. ni lah Siti yang Cess cari.. haha anak beranak buat marketing, lakonan memang mantap.. “
” Dah agak dah. Mesti ada bisness lain. Siapa haritu Yang menggelupur tak senang hati pung pang pung pang kata Dato beli jet.. “
” Inilah dia Siti yang skandal bermesej tu haha.. hebat marketing papa.. Teaser dia mmg power kalah cite org putih.. terhibur achikk.. oklah nanti kita gi lah siti jewels cuci mata kalau buat sales tiada upah mesti pecah kedai org berpusu pusu masuk.. “
Rupa-rupanya itu lah Siti sebenar yang dicanang-canangkan dalam live tempoh hari. Jalan cerita yang menarik dan plot twistnya memang di luar pemikiran warganet. Tahniah Dato’ Aliff dan Datin Shahida dilantik sebagai duta dan semoga semakin melimpah ruah rezeki Dato’ dan Datin selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

