Artis / Selebriti
” Ingatkan jatuh kuda je, rupanya terjatuh cinta sekali. Hiks.. ” – Farah Lee
Perkongsian Farah Lee Mengenai Kisah Cintanya Bersama Suami, Fuad Hashim Buat Warganet Terhibur. Punya Lah Travel 40 Negara, Aim Jejaka Si Mata Biru, Akhirnya Dapat Yang Mata Coklat. Part Cerita Perangai Fuad Tu Memang Terpaling Jujur Punya Isteri, Win Ayat Farah Ni !!
Seminggu sudah berlalu sejak berita pernikahan selebriti dan pempengaruh Farah Lee diwar-warkan di media sosial. Pernikahan kali kedua Farah ini sangat bermakna dan penuh dengan cerita menarik. Baik daripada temanya, busana pengantin dan paling rare adalah kasut Sneakers yang dipakai oleh Farah.
Meninjau entry terbaru Farah di akaun Instagram nya, telah dikongsikan pula gambar-gambar ketika majlis resepsi. Jika akad nikah temanya warna hitam, resepsi pula lebih santai dan pemilihan warna putih digunakan. Lagi unik, ada sesi menunggang kuda ketika resepsi pasangan ini.
Panjang cerita Farah untuk postingnya kali ini. Farah sendiri tidak sangka akan berkahwin dengan Fuad. Disangkanya cuma terjatuh dari kuda, tetapi rupa-rupanya terjatuh hati pula. Kata Farah, dari tahun lepas lagi Farah sudah memasang niat ingin bergelar isteri pada tahun 2024.

Walaupun tidak tahu siapa bakal menjadi jodohnya, Farah teruskan berdoa dan belajar membuka hati untuk menerima orang baru dalam hidup. Farah turut berkongsi sifat Fuad yang introvert dan ini amat berbeza dengan sifat Farah yang happy go lucky.
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, lebih 60 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Can’t wait to see what the new FL will bring… Selamat bercinta setiap hari… Doakan kami yang in the same line dengan FL… Mungkin jodoh tengah sesat jalan skrg ni.. ”
” Knowing fuadhashim90 memang terkejut actually coz memang like what you’ve described. Apa2pun, Masya Allah congrats to both of you.. ”
” MasyaAllah maka Inilah MC Ep finale…. Love the ending . Plot twist sangat.. Aaa the same advice againnnnnn okay baiklah kena specific betul betul this time.. ”
” There goes misi daddybarumatabiru… matacekelatjugarupanya hehe.. semoga perkahwinan dirahmati Allah sehingga ke sorga.. Selamat bercinta,berbahagia dan barokah rumah tangga kalian sampai syurga.. ”
” Opposite attracts katanya. Kalau dua dua bising. Huru hara. Kalau dua dua senyap. Sunyi sepi.. Tak lama tu Fuad introvert tu . Pasni mesti jangkit dengan Farah jadi tatapapapa gitu.. ”
” Itu la ingat dapat mata biru macam maream cakap .. takpe asalkan yang sudi jadi Teman hdup melayan karenah dan faham isi hati kita sudah la.. ”
” Hahahaha your writing never fails me to laugh at haha.. all the best Fuad.. Opposites are always an amazing combination. Balance lah kan. Hope to catch up soon.. ”
Ayat Farah membuatkan sesiapa membacanya tersenyum sendiri. Okey lah tu, seorang riuh dan seorang lagi pendiam. Kalau dua-dua riuh, mahu bergegar rumah nanti, hehe. Apa-apa pun, percaturan Allah pasti yang terbaik untuk Farah dan Fuad. Semoga berbahagia selalu sweet couple.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Farah Lee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Weh merah padam muka Bella. Syok ek korang kenakan Bella, haha.. ” – Komen Netizen

