Artis / Selebriti
” Aihh meleleh air mata baca, hebatnya kuasa Allah. Sama muka arwah ayah dengan Fuad.. ” – Netizen

Farah Lee Muatnaik Gambar Throwback Bersama Arwah Ayahnya. Perkongsian Farah Buat Ramai Tersentuh. Cantiknya Takdir Allah, Wajah Fuad Nampak Begitu Seiras Dengan Arwah Ayah Farah. Perangai Pun Semua Sama, Kebetulan Yang Indah !!
Farah Lee bukan nama asing dan figura ini juga dikenali ramai kerana penglibatannya dalam aktiviti kemanusiaan. Farah Lee yang juga mantan isteri kepada pengacara Ally Iskandar ini telah pun kembali bergelar isteri setelah beberapa tahun hidup sendiri.
Farah menikahi Fuad yang dirasakan jodoh terbaik kiriman Allah. Meninjau entry di akaun Instagram Farah Lee, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gambar throwback Farah bersama arwah ayahnya dan juga gambar terkini Farah bersama Fuad.
Gaya bergambar dan senyuman yang sama terpancar pada wajah Farah. Coretan Farah mengenai arwah bapanya ini juga menarik minat pembaca. Penyayang, tidak suka bergambar, tidak banyak bercakap dan tenang, itu antara ciri arwah bapa Farah yang ada dalam diri Fuad.
Mungkin ini kebetulan atau sudah suratan takdir, Allah memakbulkan permintaan Farah agar dirinya bertemu jodoh dengan seseorang yang berperangai sama seperti bapanya. Antara 2 insan kesayangan Farah ini terlalu banyak persamaan dan Farah menyifatkan diri ayahnya ada dalam diri Fuad.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Farah ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Senyuman yg sama dalam 2 gambar. Bahagia milik mu wahai farahlee. Tumpang happy. Sebak.. ”
” Masyaallah. Such a beautiful piece and well written. I am glad to hear this and may happiness b upon u.. ”
” So sweet… baiknya Allah . Allah bagi pengganti yg sama2 penyayang. kita pun goosebumps baca… rasa bahagia itu… tumpang bahagia kak farah.. ”
” Allahu. iras sgt sangat arwah ayahanda dengan menantunya.. baiknya Allah kan.. semoga farah dan fuad bahagia till jannah.. ”
” Sedih la baca kapsyen kak farah ni.. terlalu sama muka arwah ayah dengan abang fuad. cantik betul susunan takdir Allah untuk kak farah.. ”
” Alhamdulillah.. perancangan dan aturan perjalanan dr Allah adalah y Terbaik.. sana betul ayah farah dan suami.. ”
” Betul la ada iras, jodoh Allah.. kuasa doa kan. Kak farah muka mcm arwah ayah, masa kak farah kawen dgn fuad ni, sy ade komen muka kak farah dgn fuad sebijik, so muka fuad dgn arwah looks alike, semoga bahagia.. ”
” Aihh meleleh air mata baca, hebatnya kuasa Allah. Ingatkan ayah Fuad.. sebab seiras sangat.. Fotostate.. ”
Luahan hati Farah yang menyentuh hati warganet dan ramai yang bersetuju wajah Fuad dan arwah ayah Farah nampak seiras. Allah ambil cinta pertama Farah tetapi Allah jua gantikan dengan Fuad yang saling tak tumpah seperti ayah Farah. Semoga Farah dan Fuad berbahagia selalu sehingga ke jannah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Farah Lee
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedihnya, apa perasaan ex husband Erma dengar macam tu ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen