Artis / Selebriti
” Alhamdulillah seperti yang Farah katakan tadi, sekarang kita dah seri.. ” – Ally Iskandar
Video Ally Iskandar Dan Isteri Hadir Ke Majlis Resepsi Bekas Isterinya, Farah Lee Cur1 Perhatian Warganet. Bagus Daddy Dan Omma Maream Ini, Tetap Baik Sampai Sekarang. Part Ucapan Tu Sempat Lagi Ally Mengusik Farah, Hehe !!
Pada awal bulan Januari baru-baru ini, pempengaruh dan juga bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar, Farah Lee telah pun selamat melangsungkan perkahwinannya bersama Fuad Hashim. Majlis Farah pada waktu itu diadakan di negeri Terengganu.
Memandangkan ramai rakan-rakan Farah berada di ibu kota, satu lagi majlis resepsi diadakan di Padangs On Wheel Subang Bestari semalam. Meninjau akaun Instagram Mingguan Wanita, telah dikongsikan suasana ketika majlis resepsi ini berlangsung.
Kelibat Ally Iskandar bersama isterinya, Marlina yang hadir turut menjadi sorotan ramai. Mesra sahaja Farah dan Marlina, begitu juga dengan Ally. Walaupun mereka sudah lama berpisah, namun hubungan baik tetap diteruskan demi anak mereka, Maream Esabel.

Pihak wartawan juga berkesempatan menemuramah Ally dan bertanyakan beberapa soalan. Kata Ally, dia bersyukur kerana Farah sudah bertemu jodoh yang sesuai dan Fuad pasti akan menjadi ayah yang baik untuk Maream. Ally juga turut berbicara mengenai pentingnya toleransi supaya anak merasai institusi kekeluargaan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bagus mereka berdua ini, boleh menjadi contoh kepada orang luar supaya dijadikan teladan.. dua-dua matang dan rasional untuk anak.. ”
” Kalau pasangan masing masing boleh menerima dan bekerjasama dgn baik… tak timbul masaalah pun.. ”
” Anak anak pun bahagia dan dapat menjalani kehidupan dengan baik.. contohi pasangan ini… .bagusnye diorang xde nk gaduh2 pn.. farah dan ally, salute lah.. ”
” Wah Ally pun datang lah, Ally makin berisi. Wife Ally pun cantik, lembut je mukanya.. bagus ally dan farah bila masing2 saling bertolak ansur. Dah berpisah bila bertemu baik2 shj.. Love above all.. ”
” Cantik isteri Ally, cantik Farah Lee.. Bagus Ally ni macam ni.. Mesti bagi nafkah kan.. Sama-sama sebab anak.. ”
” Cantiknya Farah Lee.. seiras sama padan dengan pasangannya tu. Tahniah orang ganu kiter.. Alhamdulillah tahniah farah dn Ally Iskandar demi ank masing2 jd satu keluarga yg trbaik.. ”
” Suka la both of them ni, sangat educated dan saling bertolak ansur. walaupun berpisah, ally iskandar ni bagus. nafkah xdiabaikan.. ”
Sekarang lengkap lah hidup Maream, ada daddy, Omma dan Papa Fuad. Semoga kisah Ally dan Farah ini boleh menjadi contoh kepada semua pasangan lain yang berpisah, yang penting fikirkan untuk kebaikan anak. Apa-apa pun, semoga Ally dan Farah bahagia selalu bersama pasangan masing-masing.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mingguan Wanita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen


