Connect with us

Artis / Selebriti

” Wow butik pengantin Mila besar macam butik Say Yes To Dress.. ” – Netizen

Video Mila Jirin Kongsi Peristiwa Mendebarkan Sebelum Majlis Perkahwinan Sahabatnya, Amylea AF. Alamak Boleh Baju Kahwin Tak Ada, Esok Sudah Majlis. Kelam Kabut Dibuatnya Sampai 1 Pagi Baru Selesai. Butik Mila Buat Ramai Kagum, bukan Biasa-Biasa !!

Majlis perkahwinan bekas peserta Akademi Fantasia, Amylea telah pun selesai dijalankan. Menggunakan khidmat sahabatnya yang juga pernah menyertai Akademi Fantasia bersama iaitu Mila Jirin, majlis Amylea ini meraih perhatian ramai.

Namun di sebalik busana pengantin yang digayakan oleh Amylea, ada peristiwa yang terjadi sebelum majlis berlangsung. Meninjau akaun Instagram Mila Jirin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mila menunjukkan paparan WhatsApp Amylea pada malam sebelum majlis berlangsung.

Klik gambar untuk info..

Amylea memberitahu dia mempunyai masalah kerana tiada baju pengantin. Mila hanya menguruskan dewan perkahwinan dan baju Amylea uruskan sendiri. Tetapi apabila terjadinya masalah ini, Mila pantas mengambil tindakan dan terus membawa Amylea ke butik pengantin miliknya.

Setelah Amylea memberitahu design baju yang diinginkan, Mila dan teamnya berusaha mencari yang sepadan dengan Amylea dan rezeki Amylea, busana yang diidamkan ada. Terus team selesaikan urusan fitting dan alhamdulillah siap sudah pengantin tengah malam bak kata Mila.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Mila ini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :

” Best nya dapat kawan macam mila_jirin. Bertuah badan.. Akak nak kawan jugak lah dgn dia ni.. anak akak lima2 nnt buat ngan mila je snng.. ”

” Suke sangat Mila Sebab Mila humble dan selalu bantu orang .. saya sayang Mila .. adoreee her.. ”

” Ni baru betul cinderela.. tahniah to both of u & congrats to mila cz of ur help.. love u all relationships.. ”

” Mila punya butik pengantin dah macm cerita fairy tale dan macam cerita korea . Memang idam idam kan macam ni . Bestnyaaaaa.. cantik sangat.. ”

” Ni bukan pengantin tengah malam. Ni Cinderella. MasyaAllah. Tahniah bizmilla wedding centre.. the real sahabat dan biz owner. Semoga yang baik-baik untuk mila.. ”

” Lawanya walaupun last minute, terbaik lah Mila. Orgnya kecik tp semangat daya juang kuat… Like u mila.. ”

” Wah Sercive Yang Terbaik Sangat kak mila. lawa butik mila, segala jenis baju pengantin ada ni, cantik-cantik belaka.. ”

” Wow butik pengantin dia besar g1le mcm butik say yes to dress. Cantiknya.. untung ada kawan baik serba boleh macam ni… macam magic selesai masalah.. ”

Klik gambar untuk info..

Ini memang betul-betul last minute punya persediaan, mujur lah butik Mila ada semua baju pengantin yang cantik-cantik. Beruntung Amylea ada kawan yang rela membantu sekali pun sudah tengah malam. Apa-apa pun, majlis telah pun selesai dengan jayanya dan semoga Mila sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mila Jirin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT